Anggota parlimen Ampang Rodziah Ismail menyatakan kekecewaannya dengan tindakan Nurul Izzah Anwar melepaskan jawatan timbalan presiden PKR.
“Kalau itu pilihan dia untuk meletakkan jawatan, itu hak dia.

“Tetapi sebagai seorang anggota parti, saya rasa terkilan kerana jawatan yang disandang bukan jawatan yang main-main.
“Itu merupakan jawatan kedua tertinggi dalam Parti Keadilan,” katanya.
Rodziah bagaimanapun berkata, dia tidak terkejut dengan keputusan itu kerana sudah beberapa kali mendengar hasrat berkenaan sejak Nurul Izzah memenangi jawatan tersebut.
[Berita penuh menyusul]





