32.7 C
Kuala Lumpur
Saturday, August 8, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Netizen Salah Anggap Isu Rocky, Sherry Alhadad Kesal Jadi Mangsa Kecaman – ‘Serangan Itu Tentang Fizikal’

    Shopee Sale

    Pelakon dan pengacara, Sherry Alhadad mengakui berasa terkejut selepas dirinya disalah anggap sehingga dihujani kecaman meskipun tidak pernah menyentuh mana-mana isu di media sosial.

    Artikel Berkaitan: Sherry Alhadad Anggap Tak Salah Beli Kelengkapan Raya Awal – ‘Kalau Rosak Sempat Tukar’

    Sasaran netizen 

    Ketika ditemui , Sherry atau nama lengkapnya, Sharifah Mariam Syed Abdullah Al-Hadad, 41, berkata, dia tidak mengambil pusing akan hal tersebut pada awalnya.

    Namun, keadaan semakin teruk apabila ada segelintir warganet didakwa mula menyerang dengan menghamburkan kata-kata negatif tentang fizikalnya.

    Ceritanya saya bangun tidur, tiba-tiba tengok Threads. Wow! Apa saya buat? Saya pun buka dan nampak orang marah-marah, cakap macam-macam.

    Mula-mula saya buat tidak tahu sahaja. Tapi makin ke petang sampai malam, serangan itu dah jadi secara fizikal. Saya pun emosilah.

    Sherry kemudian mengambil pendekatan untuk menjelaskan perkara tersebut dengan nada berseloroh, menekankan bahawa dia sama sekali bukan individu yang dimaksudkan.

    Benda itu jadi komedi dan lawak. Bukanlah saya tulis benda macam itu untuk mengeruhkan keadaan atau nak tunjuk siapa salah siapa betul. 

    Saya sekadar membetulkan keadaan. Sebab yelah, kita diserang hendap. Lainlah kalau kita yang buat macam itu, kita fahamlah.

    Pada saya, pendapat orang berbeza-beza. Cuma terkejutlah bila tiba-tiba diserang macam itu.

    Sherry berkata demikian ketika ditemui pada sidang media teater Mansur & Liu di Istana Budaya pada Jumaat.

    MENARIK:  [VIDEO] Fasha Sandha Enggan Ulas Tentang Imej Berhijab – ‘Saya Tak Cukup Sempurna Untuk Cakap Hal Keagamaan’

    Menurut Sherry, dirinya bukan seorang yang gemar memberi pandangan mengenai apa-apa isu. 

    Justeru, Sherry mahu tetap menjaga nama baiknya daripada terpalit daripada sebarang masalah yang boleh menjejaskan reputasinya.

    Saya bukan jenis orang yang sangat memberi pendapat di media sosial. Kalau nak buat apa-apa pun saya akan fikir, ‘Malaslah aku.’ 

    Selagi benda itu tidak mengganggu pekerjaan dan keluarga, saya tak nak fikir sangat.

    Kita bukan masuk dalam industri ini dengan total package. Jadi untuk buat orang percaya dengan bakat saya itu ambil masa yang lama. Tak naklah tiba-tiba satu malam berubah segalanya.

    Terdahulu, Sherry turut dikecam gara-gara ramai yang terkeliru di antara dirinya dengan aktres, Sherry Ibrahim yang bersuara mengenai isu kematian anjing bernama Rocky.

    The post [VIDEO] Netizen Salah Anggap Isu Rocky, Sherry Alhadad Kesal Jadi Mangsa Kecaman – ‘Serangan Itu Tentang Fizikal’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah