33.4 C
Kuala Lumpur
Wednesday, July 1, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Fahmi: Wan Fayhsal lebih baik diam

    Shopee Sale

    Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil menasihati Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal supaya lebih berdiam diri susulan dakwaannya bahawa perdana menteri telah menyerahkan draf perjanjian kepada ketua pembangkang.

    Fahmi secara berseloroh berkata ketua Pemuda Bersatu itu mungkin mencetak sendiri draf perjanjian mengenai peruntukan kawasan memandangkan dia sebelum ini mencadangkan agar wang dicetak bagi menyelesaikan masalah ekonomi.

    "Saya tak pasti sama ada ahli parlimen Machang cetak draf dia sendiri sebab sebelum ini dia pernah kata untuk selesaikan masalah ekonomi kita kena cetak wang

    "Saya fikir jika MP Machang tidak tahu apa-apa, dia sebaiknya diam saja," kata Fahmi dalam sidang media di parlimen hari ini.

    MENARIK:  Timbalan Presiden PBS nafi terlibat skandal lesen lombong RM150,000

    Fahmi berkata dia telah membuat semakan dengan Pejabat Perdana Menteri dan ketua setiausaha politik, namun tidak ada sebarang draf diberikan.

    "Beberapa orang setiausaha politik juga saya telah hubungi dan setakat ini, tidak ada," katanya.

    [Berita penuh menyusul]

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah