Pelakon Zarif Ghazzi berkongsi pengalaman mencemaskan apabila mengalami kecederaan ketika penggambaran projek terbarunya, sehingga hampir memerlukan jahitan.
Artikel Berkaitan: ‘Saya Main Mercun Hampir Terbakar Rumah Jiran’ – Zarif Ghazzi Kongsi Detik Cemas Semasa Raya
Artikel Berkaitan: ‘Saya Selesa Berkawan Dengan Zarif Ghazzi’ – Bella Dowanna Tak Mahu Terjebak Cinta Lokasi
Cedera di set penggambaran

Ketika ditemui , pemilik nama sebenar Zarif Farahi Effie Ghazzi, 22, memaklumkan kejadian terjadi pada waktu malam ketika melakukan babak aksi bersama pelakon tambahan.
Bagaimanapun, pihak produksi difahamkan meminta agar sesi penggambaran ditangguhkan bagi memberi ruang kepada pelakon berusia 22 tahun itu untuk sembuh sepenuhnya.
Waktu itu pada waktu malam, saya sedang melakonkan babak aksi di dalam drama ini. Terdapat satu gerakan yang tersasar di mana terkena sedikit di muka saya.
Tapi saya tahu apabila kita bekerja dengan produksi yang mengutamakan keselamatan, semua pengarah dan penerbit minta untuk tunda penggambaran dan disambung keesokan harinya atau pada hari yang saya sudah sembuh.
Zarif berkata demikian ketika ditemui pada set penggambaran Cela yang berlangsung di DSH Villa, Hulu Langat.
Teruskan penggambaran

Berkongsi lanjut, Zarif sempat mencadangkan agar penggambaran diteruskan dengan menggunakan luka dan darahnya sendiri demi mendapatkan kesan lebih realistik dalam babak berkenaan.
Menurut Zarif, dia bersyukur atas pengorbanannya selepas melihat hasil babak menggunakan darah dan luka sebenar.
Sebagai seorang pelakon yang dahagakan rasa sebenar, saya cakap dekat pengarah untuk teruskan.
Bila tengok sedikit rakaman babak itu, cantik dan berbaloi.
Dia (pelaku) macam tersasar sebenarnya sebab sepatutnya tak terkena pun. Tapi sebenarnya luka kecil saja, cuma ada pendarahan sedikit tapi sangat kecil.
The post Zarif Ghazzi Cedera Ketika Babak Aksi, Pilih Teruskan Penggambaran – ‘Ada Pendarahan Sikit’ first appeared on OHBULAN!.





