25.8 C
Kuala Lumpur
Monday, May 4, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Fahami hikmah di sebalik ibadah haji – Pakar rujuk TH

    Shopee Sale

    Haji bukan semata-mata mengunjungi Baitullah pada waktu tertentu untuk melakukan ibadah khusus, namun mempunyai maksud yang lebih luas dan perlu difahami serta dihayati oleh semua jemaah.

    Ketua Pakar Rujuk Tabung Haji Prof Madya Dr Anhar Opir berkata rukun Islam kelima itu mampu menghasilkan kesan positif dan membentuk akhlak yang lebih baik jika individu memahami maksud di sebalik setiap rukun serta perkara wajib haji.

    “Kita ambil salah satu contoh daripada perkara yang perlu dilakukan dalam ibadah haji, iaitu pantang larang ketika berihram, jika kita melanggarnya maka akan dikenakan dam. Namun ada yang takut nak tunaikan haji atau umrah disebabkan perkata itu.

    “Sebenarnya jika dihayati perkara ini, ibadah haji membantu seseorang itu menjadi lebih berakhlak dan berdisplin, kerana ketika berihram seseorang itu tidak boleh memburu binatang, tidak boleh mencabut bulu, tidak boleh pakai pakaian berjahit bagi lelaki dan lain-lain lagi.

    “Ini bermakna dalam kehidupan kita seharian, ada sempadan bagi setiap perbuatan yang hendak kita lakukan,” katanya kepada petugas media di Ibu Pejabat Tabung Haji di Makkah baru-baru ini.

    Selain itu, Anhar yang juga Mufti Selangor berkata seseorang jemaah perlu bijak merebut seberapa banyak pahala dan fadilat sepanjang berada di Tanah Suci, bukan hanya melakukan ibadah-ibadah khusus tetapi juga amal soleh yang lain seperti membantu orang, bersedekah dan memberi ucapan salam.

    MENARIK:  Ahmad Maslan minta bertenang, isu bendera terbalik di Pontian sedang ditangani

    Beliau turut mengingatkan setiap jemaah agar menanamkan sifat sabar dalam menghadapi lautan manusia dan ketidakselesaan terutama semasa hari-hari kemuncak haji di Masyair nanti.

    “Haji dan kehidupan memerlukan usaha serta kesabaran. Kita kena jaga mulut kita seperti yang diperintahkan oleh Allah SWT bahawa siapa yang mewajibkan dirinya melakukan ibadah haji dan berihram, maka janganlah sebut perkataan yang lucah, jangan melakukan maksiat, jangan berbantah-bantah, marah orang atau hilang sabar.

    “Dengan jumlah tiga juta umat Islam, semua orang berhimpun beribadah di tempat yang sama. Ini sepatutnya membuatkan kita semakin bersemangat berukhuwah dan bersabar dengan orang lain kerana inilah muktamar terbesar umat Islam.

    “Kalau kita gagal untuk bertolak ansur, masih mementingkan diri sendiri, maknanya kita gagal untuk menghayati roh ibadah haji itu sendiri,” katanya.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah