33.5 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 2, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Fadillah bertemu menteri air Palestin

    Shopee Sale

    Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air Datuk Seri Fadillah Yusof menyatakan Malaysia bersedia untuk membaiki atau membina semula sistem bekalan air bersih pasca konflik di Semenanjung Gaza, Palestin.

    Beliau menyampaikan perkara itu kepada Menteri Air Palestin Mazen Ghunaim, yang juga ketua Pihak Berkuasa Air Palestin, semasa pertemuan dua hala di luar mesyuarat kepimpinan tertinggi di Forum Air Dunia ke-10 yang berakhir hari ini, atas permintaan Mazen.

    “Mereka melahirkan harapan agar Malaysia dapat memberikan pelbagai bentuk bantuan terutama bantuan teknikal selepas krisis semasa.

    “Pada masa ini, bekalan air bersih di sana terjejas teruk dan terganggu,” katanya kepada media Malaysia.

    Timbalan Perdana Menteri berkata Malaysia juga sedia memberikan bantuan teknikal, dengan syarat dibenarkan masuk ke negara berkenaan.

    MENARIK:  Mengapa k'jaan negeri tak cegah insiden haiwan liar dilanggar, kata aktivis

    “Ini memerlukan perbincangan lanjut mengenai kaedah, masa dan cara pelaksanaan dengan pihak Palestin,” katanya.

    Menurut Fadillah, Malaysia telah menghantar sedikit bantuan kemanusian termasuk bekalan air botol untuk disalurkan ke Palestin.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah