31.8 C
Kuala Lumpur
Wednesday, September 2, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Exco tolak dakwaan PKPP adalah 'JPN swasta' kendalian DAP

    Shopee Sale

    Exco Pulau Pinang Lim Siew Khim menolak dakwaan bahawa Program Kewarganegaraan Pulau Pinang (PKPP) yang dikendalikan oleh kerajaan negeri merupakan agensi swasta di bawah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

    Penafian itu dibuat susulan dakwaan di media sosial bahawa PKPP adalah operasi yang diketuai DAP untuk mendaftar warga asing sebagai warganegara.

    Lim Siew Khim

    “PKPP bukanlah sebuah JPN swasta. Kami  membantu penduduk yang dilahirkan di Pulau Pinang yang tidak mempunyai taraf kerakyatan Malaysia dalam menyelaraskan pelbagai permohonan berkaitan status kerakyatan di JPN,” kata Lim dalam satu kenyataan semalam.

    Dia berkata, PKPP tidak mengeluarkan kad pengenalan tetapi hanya bertindak sebagai peranantara antara orang ramai dan kerajaan.

    Jelasnya, inisiatif ini diambil berikutan banyak pertanyaan berkaitan kewarganegaraan yang diterima di pusat perkhidmatan, yang memerlukan dokumentasi dan semakan yang teliti.

    Lim yang bertindak sebagai penyelia program itu berkata, PKPP ditubuhkan pada 2013 dengan kelulusan kerajaan negeri.

    Ahli exco kebajikan masyarakat, hal ehwal agama bukan Islam dan perpaduan itu menegaskan program itu berjalan secara telus dan diketahui umum.

    Oleh itu, dia menolak dakwaan bahawa ini adalah unit baharu atau rahsia.

    “Kami  membantu penduduk yang dilahirkan di Pulau Pinang yang tidak mempunyai taraf kerakyatan Malaysia dalam meyelaraskan  pelbagai permohonan berkaitan status kerakyatan di JPN.

    MENARIK:  Anak paling nakal paling sayangkan ayah - Akmal

    “Ramai telah menerima manfaat dari program ini termasuk orang Melayu, Cina, dan India,” katanya sambil menambah ramai bapa yang tidak mendaftarkan perkahwinan mereka apabila bernikah dengan ibu warga asing di JPN.

    Sejak 2018 hingga kini, seramai 101 individu telah berjaya memperoleh kerakyatan dengan bantuan program tersebut.

    Dia berkata empat pegawai pembantu kerakyatan dilantik bagi membantu penduduk Pulau Pinang yang lahir di  Pulau Pinang tetapi menghadapi pelbagai isu berhubung permohonan kewarganegaraan, seperti lewat mendaftar sijil kelahiran, kad pengenalan dan dan permohonan kewarganegaraan, MyPR atau MyKas.

    Sekiranya permohonan tidak memenuhi syarat di bawah Perkara 15A Perlembagaan Persekutuan, mereka menyediakan nasihat yang sewajarnya, tambahnya.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah