31.3 C
Kuala Lumpur
Wednesday, July 29, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ESEI FOTO: Kian sepi, pawagam berusia 104 masih ada peminat setia

    Shopee Sale

    ESEI FOTO | Perkembangan platform penstriman menjadikan pawagam yang suatu ketika dulu meriah pada musim cuti sekolah dengan ibu bapa yang membawa anak-anak mereka berhibur, kini kian sepi.

    Demikian nasib pawagam Coliseum di Kuala Lumpur yang sudah beroperasi lebih 104 tahun.

    Bangunan yang dibina pada 1902 itu dikenali menayangkan filem blockbuster Tamil. Namun, mungkin ramai yang tidak tahu, ia juga menayangkan filem klasik Melayu suatu ketika dahulu.

    Pengurus pawagam Coliseum, Shamala, 32, berkata pawagam pada masa kini bergelut untuk mengekalkan operasi. Lebih parah lagi, katanya, filem kini boleh dimuat turun secara percuma ketika ini.

    Namun, Shamala berkata, pawagam masih punya harapan.

    Katanya, filem-filem tertentu masih berjaya menarik penonton meninggalkan skrin di rumah dan masih ada khalayak yang mahu melihat pelakon kegemaran mereka di layar pawagam.

    MENARIK:  ‘Kertas cadangan RUU tribunal antibuli perlu siap dalam enam bulan’

    Bangunan pawagam Coliseum yang dibina pada 1902.
    Antara khalayak yang masih menikmati aktiviti menonton filem di Coliseum.

    Pantulan cahaya projektor memaparkan filem yang sedang ditayangkan.
    Pawagam dan popcorn tidak dapat dipisahkan.
    Sekurang-kurangnya, pemuda ini tidak perlu lagi berbaris panjang untuk membeli tiket.
    Nostalgia mungkin turut memainkan perananan untuk penonton-penonton ini menikmati filem di Coliseum.

    Kanak-kanak ini akan mengenang pengalaman menonton di Coliseum bersama ibu bapa mereka suatu hari nanti.
    Kekuatan filem memainkan perananan untuk menarik penonton hadir ke pawagam.
    Pasangan muda ini ralit dengan stimulasi visual dan cerita di layar besar.

    Poster filem terbaru disiarkan di luar bangunan Coliseum.
    Bangunan Coliseum yang terletak di Lorong Tunku Abdul Rahman.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah