32 C
Kuala Lumpur
Wednesday, July 29, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Kertas cadangan RUU tribunal antibuli perlu siap dalam enam bulan’

    Shopee Sale

    Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Azalina Othman Said diberi tempoh enam bulan untuk membentangkan kertas cadangan kepada Jemaah Menteri berhubung penggubalan Rang Undang-Undang Tribunal Anti-Buli.

    Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi berkata kertas cadangan tersebut hanya akan dibentangkan kepada Jemaah Menteri selepas Azalina mengadakan sesi libat urus bersama semua pihak berkepentingan di seluruh negara.

    Selain itu, Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata Jemaah Menteri mencadangkan supaya Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) di seluruh negara dilibatkan dalam proses tersebut, termasuk sekolah berasrama penuh, Maktab Rendah Sains Mara, sekolah elit seperti Maktab Tentera Diraja serta universiti awam dan swasta.

    MENARIK:  'Kenapa polis tak jadi pulangkan dekoder CCTV Albert Tei?'

    “Penggubalan ini (rang undang-undang itu) penting bagi menyekat perbuatan buli daripada terus berlaku dan menghantui pemikiran ibu bapa serta anak-anak atau pelajar yang menjadi mangsa,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Program Motivasi Desa (Mode)@Kemas KKDW dan Program Bakti Madani@KPT, di Bagan Datuk, Perak hari ini.

    Turut hadir Menteri Pengajian Tinggi Datuk Zambry Abd Kadir dan Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara) Asyraf Wajdi Dusuki.

    -Bernama


    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah