29.6 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 28, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Dulu kritik ‘bailout’, Anwar kini beri talian hayat RM1.1b pada Sapura Energy

    Shopee Sale

    Tiga tahun lalu, dalam debat dengan Najib Razak, ketua pembangkang ketika itu Anwar Ibrahim mengkritik cadangan kerajaan untuk 'bailout' atau selamatkan Sapura Energy Bhd yang dikelilingi hutang.

    Dia berhujah bahawa sebarang perbincangan mengenai pakej penyelamatan hanya boleh dilakukan selepas audit forensik ke atas Sapura dijalankan bagi menentukan sama ada syarikat itu - yang menerima banyak pelaburan daripada Permodalan Nasional Berhad - telah disalah urus.

    Kini bergelar perdana menteri dan menteri kewangan, Anwar telah memberikan Sapura Energy talian hayat RM1.1 bilion - walaupun tidak jelas sama ada audit forensik yang pernah didesaknya telah dijalankan sebelum keputusan itu.

    Dalam pemfailan Bursa semalam, Sapura Energy mengumumkan ia telah menerima RM1.1 bilion sebagai pelaburan daripada Malaysia Development Holding Sdn Bhd (MDH) - syarikat tujuan khas di bawah Menteri Kewangan Diperbadankan.

    Pelaburan itu akan digunakan secara eksklusif untuk membayar hutang syarikat minyak dan gas itu kepada 2,000 vendornya.

    "Vendor Malaysia kami kebanyakannya adalah perusahaan kecil dan sederhana yang telah mengalami kesulitan kewangan yang ketara semasa dan selepas pandemik Covid-19 dan sentiasa menjadi hasrat kami untuk menyelesaikan sepenuhnya hutang tertunggak kepada mereka," kata Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Sapura Energy Zamri Jusoh dalam pemfailan Bursa.

    MENARIK:  China rakan penting M'sia dalam kekalutan perdagangan global - PM

    "Kami amat berterima kasih kepada MDH kerana menyediakan pembiayaan ini, yang akan membolehkan kami memenuhi komitmen kepada vendor Malaysia kami," tambahnya.

    Sapura Energy mengalami masalah sekitar 2019 apabila ia mula mencatatkan kerugian tahunan.

    Pada penghujung Mei 2023 - enam bulan selepas Anwar memegang jawatan - juruaudit luar Ernst & Young menyatakan kebimbangan dengan keupayaan Sapura Energy untuk meneruskan keberlangsungannya.

    Bagaimanapun, The Edge pada Mac tahun itu melaporkan bahawa Sapura telah menerima sokongan - yang dispekulasi sebagai syarikat minyak dan gas Timur Tengah - yang akan menyediakan Sapura Energy dengan sokongan kewangan dengan suntikan modal sebanyak RM1.8 bilion.

    Bulan lalu, dilaporkan bahawa Sapura Energy memperoleh kelulusan daripada pemiutangnya untuk cadangan skim penstrukturan semula hutang yang telah mendapat kelulusan mahkamah Khamis lepas.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah