29.7 C
Kuala Lumpur
Thursday, June 25, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Di sebalik protes, Muhyiddin gesa Pemuda Bersatu rapatkan saf

    Shopee Sale

    Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin menggesa kepimpinan partinya sama ada yang menang atau kalah dalam pengundian sayap parti supaya merapatkan saf dan memperkukuhkan perpaduan.

    Seruan itu muncul di sebalik protes oleh sayap Pemuda, apabila naib ketua yang baru dipilih Faiz Rahmad tampil mempertikaikan keputusan pengundian.

    Gambar Hiasan - Akmal Zahin bersama Hilman

    Dalam satu kenyataan semalam, Faiz mendakwa wujudnya campur tangan, penyelewengan dan mempertikaikan keputusan yang diumumkan oleh jawatankuasa pengundian parti (JPP).

    Ini termasuk dakwaan beberapa bahagian dihalang daripada mengundi, atau mengalami lonjakan jumlah mendadak ahli yang layak untuk membuang undi.

    "Persoalan pertama yang wajib dijawab oleh JPP adakah proses pengundian kali ini benar-benar telus atau adakah terdapat sebarang rancangan atau campur tangan indiidu tertentu dengan agenda peribadi bagi menentukan keputusan pengundian Pemuda Bersatu," kata Faiz.

    MENARIK:  Hafizuddeain, Nizam bolos tapisan? SPRM balas Rafizi

    Semalam JPP mengumumkan Adun Gombak Setia, Hilman Idham memenangi jawatan ketua Pemuda (Armada) Bersatu menewaskan pencabarnya, Akmal Zahin Zainal Zahir.

    Hilman yang diketahui sebagai rapat dengan Azmin Ali - seorang pemimpin Bersatu terkemuka bagaimanapun tidak mengambil bahagian dalam pengundian kali ini.

    Keputusan saingan ketua Pemuda menimbulkan kekecewaan, kerana sebelum ini dilaporkan Akmal Zahin telah memenangi jawatan itu berdasarkan keputusan tidak rasmi.

    Dalam kedua-dua keputusan rasmi dan tidak rasmi, persaingannya dilihat sengit dengan perbezaan undi yang tipis.

    Muhyiddin dalam kenyataannya hari ini berharap pimpinan menerima keputusan pengundian berkenaan.

    "Kepada yang tidak terpilih, terimalah keputusan ini dengan baik dan berlapang dada.

    “Baik yang menang atau kalah, tanggungjawab kita selepas ini adalah untuk rapatkan saf, perkukuhkan perpaduan dan teruskan perjuangan," katanya.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah