32.5 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 26, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Derma syarikat arak: Dah boleh hentikan isu ini – Fadhlina

    Shopee Sale

    Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek meminta semua pihak menghormati keputusan Jemaah Menteri yang mengekalkan garis panduan sedia ada bagi penganjuran program dan penyaluran sumbangan kepada sekolah.

    “Saya fikir sudah cukup dengan penegasan dibuat keputusan Jemaah Menteri...saya tidak fikir ada lagi isu berbangkit, kita kekal dengan penegasan tersebut.

    “Keputusan itu terbaik untuk semua, kita dah boleh hentikan isu ini dan berikan tumpuan kepada perkara yang lebih penting,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Pemasyhuran Kolej Tingkatan Enam Tuanku Muhriz di Seremban hari ini.

    Sebelum ini, Kementerian Pendidikan dalam kenyataan memaklumkan mesyuarat Jemaah Menteri bersetuju untuk mengekalkan garis panduan sedia ada bagi penganjuran program dan penyaluran sumbangan sekolah.

    Menurut kenyataan itu, antara garis panduan tersebut menggariskan aktiviti sumbangan dana kepada sekolah tidak boleh memapar dan mempromosi minuman keras di dalam premis sekolah.

    MENARIK:  'Orang selalu judi tahu istilah judi' - Pemimpin PKR balas Nur Jazlan

    KPM memaklumkan mesyuarat itu juga mengambil pendirian untuk memberi pertimbangan kepada sekolah vernakular menerima sumbangan dana menerusi Lembaga Pengelola Sekolah (LPS) dan yayasan sepertimana diamalkan sejak pentadbiran terdahulu dan tidak pernah dipertikaikan oleh mana-mana pihak.

    Sebelum itu, isu berhubung sumbangan kepada sekolah timbul susulan konsert amal di sebuah sekolah Cina di Sepang baru-baru ini dilaporkan melibatkan penajaan dan sumbangan syarikat minuman keras.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah