31.4 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 26, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    DBKL kompaun 5 premis pinggir Bahasa Melayu di papan iklan

    Shopee Sale

    Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menjalankan operasi penguatkuasaan ke atas premis yang tidak menyertakan Bahasa Melayu di papan iklan mereka.

    Dalam hantaran di Facebook semalam, lima premis di sekitar Bukit Bintang telah dikenakan kompaun dan notis penguatkuasaan bagi “membantu mengingatkan mereka” berhubung peraturan berkenaan perkara itu.

    “Hasil siasatan di Jalan Imbi, lima premis didapati melanggar Undang-undang Kecil Iklan (WP) 1982 dengan meminggirkan Bahasa Melayu di papan iklan mereka.

    “Nampaknya mereka lebih gemar mempamerkan bahasa lain. Tak apa, kita bantu ingatkan mereka dengan kompaun dan notis penguatkuasaan.

    “Sekarang, mereka ada 14 hari untuk turunkan iklan tersebut, atau tindakan selanjutnya akan menyusul,” kata DBKL.

    Menurut DBKL, pihaknya akan meneruskan pemantauan untuk memastikan premis perniagaan lain tidak “terlupa” untuk mematuhi Undang-undang Kecil Iklan (WP) 1982 di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976, dan menggesa orang ramai untuk membuat laporan jika melihat papan iklan yang tidak mematuhinya.

    MENARIK:  Pocket Rocketman gegar Nilai, tumbangkan juara dunia keirin

    Menurut salinan undang-undang kecil itu yang dimuat naik di laman web DBKL, papan iklan perlu memberi keutamaan kepada bahasa kebangsaan.

    Walaupun bahasa lain boleh dipamerkan, saiz perkataannya perlu lebih kecil daripada perkataan dalam Bahasa Melayu.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah