25.3 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 16, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Dataran Merdeka hingga Carcosa Seri Negara akan jadi tapak warisan – PM

    Shopee Sale

    Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kawasan Dataran Merdeka sehingga Carcosa Seri Negara akan dijadikan Tapak Warisan Kuala Lumpur.

    Anwar berkata Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah menerangkan mengenai kawasan berkenaan kepada Kabinet semasa mesyuarat Jemaah Menteri pagi semalam.

    “Pagi tadi Jemaah Menteri meminta Khazanah dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menerangkan mengenai seluruh kawasan bermula dari Dataran Merdeka, Bangunan Sultan Abdul Samad, Keretapi Tanah Melayu sehingga Carcosa Seri Negara untuk dijadikan keseluruhan tapak Warisan Kuala Lumpur.

    “Perlu diingat, pertama kali dalam sejarah, peruntukan bermula dengan angka RM1 bilion yang diusahakan oleh Khazanah untuk kita kekalkan satu Warisan Kuala Lumpur,” katanya ketika berucap merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Cabang, Wanita, Angkatan Muda Keadilan (AMK) Selangor, semalam.

    Anwar, yang juga Menteri Kewangan, berkata beliau telah menyembah maklum kepada Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah, bahawa Bangunan Sultan Abdul Samad perlu dikekalkan sebagai tanda Warisan Kesultanan Melayu yang agung.

    MENARIK:  Isu lagu Negaraku: Pempengaruh politik akan dibebas dengan jaminan polis

    Dalam hal itu, Presiden PKR tersebut turut menempelak Perikatan Nasional (PN) yang hanya tahu mengkritik usaha kerajaan sebaliknya tidak berbuat apa-apa untuk membantu orang Melayu ketika berkuasa.

    “Adakah difikirkan Perikatan Nasional pernah memikirkan perkara ini? Jangan sembang soal Melayu, kamu hanya menghasut Melayu untuk berkuasa tapi bila ada kuasa, bukan fikir soal Melayu sebaliknya bina kekayaan sendiri sahaja,” katanya.

    Turut hadir, Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Rafizi Ramli, Naib Presiden Datuk Seri Amirudin Shari, Ketua Wanita PKR Fadhlina Sidek, Ketua Angkatan Muda Keadilan Adam Adli dan Menteri Komunikasi merangkap Ketua Penerangan PKR Fahmi Fadzil.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah