25.3 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 26, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    DAP Pulau Pinang hidupkan semula biro hal ehwal masyarakat India

    Shopee Sale

    DAP Pulau Pinang telah menghidupkan semula Biro Hal Ehwal Masyarakat India dengan tujuan untuk mencari penyelesaian holistik dan berkesan terhadap cabaran yang dihadapi oleh masyarakat India di negeri itu.

    Pengerusi biro tersebut, Ramkarpal Singh, berkata biro ini akan menjadi platform khusus bagi membolehkan masyarakat India menyuarakan isu-isu yang memberi kesan kepada mereka termasuk aspek kebajikan, pendidikan, pekerjaan dan pengangguran.

    Beliau berkata Jawatankuasa DAP negeri pada mesyuarat November lepas telah bersetuju untuk menghidupkan semula biro tersebut yang telah tidak aktif sejak tahun 2009, bagi menangani isu-isu yang melibatkan masyarakat India.

    MENARIK:  Kelahiran hidup menurun 10.2 peratus suku kedua 2024

    Bercakap pada sidang media di Wisma DAP hari ini, Timbalan Pengerusi DAP negeri itu berkata beliau telah melantik 11 ahli untuk menyertai biro tersebut termasuk bekas Ahli Parlimen Batu Kawan, P. Kasthuri.

    "Saya yakin ahli-ahli ini akan memainkan perananan penting dalam menjayakan matlamat biro dan mereka terdiri daripada orang muda serta individu berpengalaman dalam menangani isu-isu yang melibatkan masyarakat India dan golongan muda," katanya.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah