24.7 C
Kuala Lumpur
Wednesday, May 6, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Daftar pemilih tambahan Dis 2024 dibuka untuk semakan – SPR

    Shopee Sale

    Semakan Daftar Pemilih Tambahan Bulan Disember Tahun 2024 (DPT BLN12/2024) boleh dibuat untuk tempoh 30 hari bermula hari ini hingga 22 Feb, kata Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Ikmalrudin Ishak.

    Beliau berkata DPT BLN12/2024 yang diperaku dan diwartakan hari ini, mengandungi 42,333 nama warganegara berumur 18 tahun dan ke atas dalam tempoh 1 hingga 31 Dis 2024 yang didaftarkan secara automatik sebagai pengundi baharu.

    Selain itu, ia mengandungi 7,844 pengundi berdaftar yang bertukar bahagian pilihan raya dan 2,814 pengundi bertukar kategori pengundi atau status.

    “SPR menyeru warganegara berumur 18 tahun dan ke atas dalam tempoh 1 hingga 30 Dis 2024 dan mana-mana pengundi berdaftar yang telah memohon pertukaran bahagian pilihan raya atau pertukaran status untuk menyemak nama mereka dalam DPT BLN12/2024,” katanya dalam kenyataan hari ini.

    MENARIK:  Vivy Yusof, suami undur dari Fashion Valet

    Ikmalrudin berkata SPR menyediakan lima kaedah semakan iaitu melalui portal SPR di pautan atau https:/ /mysprsemak.spr.gov.my, portal rasmi Pejabat-Pejabat Pilihan Raya Negeri di pautan dan aplikasi dalam talian di pautan .

    Kaedah lain termasuk aplikasi mudah alih MySPR Semak dan talian Semakan Pendaftaran Pemilih di talian 03-88927218.

    Selain itu beliau berkata sekiranya pengundi mendapati nama mereka tidak disenaraikan dalam DPT BLN12/2024, tuntutan boleh dibuat dengan mengisi Borang C melalui aplikasi dalam talian di pautan atau hadir ke Pejabat Pilihan Raya Negeri yang berkenaan.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah