Pelakon dan pengacara, Sheila Rusly tampil berkongsi bahawa sewaktu zaman percintaan bersama suaminya, Azman Yahya, dia pernah berpesan sekiranya bertemu dengan wanita yang dirasakan lebih baik, dia rela berundur dengan hati terbuka.
Artikel Berkaitan: ’12 Tahun Tinggal Di Sini, Baru Tahu Jiran Depan Rumah Rupanya Perompak Yang Menyewa’ – Sheila Rusly
Artikel Berkaitan: Layan Menantu Dengan Penuh Kasih Sayang, Fazura Sifatkan Sheila Rusly Mentua Idaman Setiap Wanita
Tak boleh patah balik

Menerusi satu perkongsian di Threads, Sheila berharap agar suaminya tidak kembali semula sekiranya keputusan untuk berundur telah dibuat.
Kata ibu kepada dua cahaya mata itu, dia pernah diaju soalan mengenai penyondol ketika Azman atau lebih mesra disapa Tok Sidang sedang giat mengarah.
Ada orang tanya, zaman Tok Sidang rancak mengarah dulu, tak ada penyondol ke?
Saya pernah pesan, masa drama pertama arahan Tok Sidang, drama Enot pada tahun 2003.
Kalau dia jumpa perempuan yang lebih baik daripada saya, teruskan saja.
Beritahu saya, dan saya boleh angkat kaki.
Tapi dia tak boleh patah balik.
Sampai sekarang, Alhamdulillah masih bersama saya.
Maknanya, belum jumpa yang lebih baiklah.
Sumber: Threads
The post ‘Dah Pesan Kalau Ada Perempuan Yang Lebih Baik, Bagitahu Saja.. Saya Boleh Angkat Kaki’ – Sheila Rusly first appeared on OHBULAN!.





