25.5 C
Kuala Lumpur
Tuesday, May 5, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Suami Norreen Iman Perjelas Salah Faham Video Tular ‘Lelaki Jangan Miskin’ – ‘Aku Tak Cakap Isteri Hina ..’ 

    Shopee Sale

    Suami kepada pelakon dan pempengaruh, Norreen Iman iaitu Razzi Razak tampil memperjelaskan tentang hantarannya yang tular sebelum ini.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Hantaran Suami Norreen Iman Raih Perhatian, Netizen Titip Kata Semangat – ‘Dunia Jahat Dengan Lelaki Miskin’

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Norreen Iman Kunci Mulut Isu Rumah Tangga, Hanya Mampu Senyum Di Mahkamah

    Penjelasan Razzi

    Menerusi perkongsian di Threads, Razzi memaklumkan bahawa hantaran yang menggunakan audio tentang usaha kaum lelaki itu telah disalah erti oleh segelintir pihak.

    Menurut Razzi, hantaran tersebut sama sekali tidak mengaitkan sesiapa termasuk Norreen, sebaliknya hanya sekadar sebuah perkongsian.

    Aku takda mention sesiapa atau libatkan isteri aku dalam video tu. 

    Video tu memang dah ada khas audio orang bercakap “lelaki jangan miskin”.

    Itu pembakar semangat aku je supaya lebih rajin dan lebih fokus. 

    Aku tak cakap isteri aku hina aku, sebab aku post content mcm tu. Tu video pasal aku sumpah! 

    Tambah Razzi, hantaran tersebut dikongsikan hanya sebagai inspirasi untuk membentuk dirinya menjadi seorang lelaki yang lebih baik.

    Suatu hari kalau berjaya, kita boleh tengok balik video ke content dari mana kita start dari bawah.

    Imbas kembali, Norreen memilih untuk mengunci mulut tentang status rumah tangganya bersama Razzi, selepas dilihat hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan untuk prosiding tuntutan pengesahan lafaz cerai baru-baru ini.

    MENARIK:  [VIDEO] Black Hanifah Pulih Dari Pembedahan Buang Ketumbuhan Di Anak Tekak – ‘Saya Ingatkan Terkena Sihir’

    Noreen sebelum ini, menyorot perhatian apabila dilihat tidak lagi berkongsi foto bersama suaminya di media sosial. Bagaimanapun, Noreen menepis dakwaan yang mengatakan rumah tangganya sedang bergolak.

    Untuk rekod, Noreen dan Razzi mendirikan rumah tangga pada 2011. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan dua cahaya mata.

    Sumber: Threads

    The post Suami Norreen Iman Perjelas Salah Faham Video Tular ‘Lelaki Jangan Miskin’ – ‘Aku Tak Cakap Isteri Hina ..’  first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah