25.5 C
Kuala Lumpur
Tuesday, May 5, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Dr Afifah Terkilan Nubhan Fail Komital – ‘Fikir Masa Depan Anak-Anak, Kesan Terhadap Kesihatan Mental Saya’

    Shopee Sale

    Bekas isteri, penyanyi Nubhan, Dr Afifah Hidayah Ahmad Tawfek meluahkan rasa terkilan selepas menerima notis berkaitan kes komital yang difailkan oleh bekas suami terhadapanya.

    Artikel Berkaitan: Dr Afifah Didakwa Langgar Tiga Perintah Mahkamah, Nubhan Sedia Tarik Balik Dengan Bersyarat

    Artikel Berkaitan: Kifarah Itu Wujud’ – Dr. Fie Dakwa Nubhan Makin Lantang, Wujud Akaun Palsu ‘Backup’ Diri?

    Terkilan

    Ketika ditemui , Dr. Afifah atau mesra disapa Dr. Fie berkata dia menerima notis tersebut sekitar seminggu lalu pada 28 April.

    Dalam masa yang sama, Dr. Fie turut berharap Nubhan yang juga bekas peserta Akademi Fantasia itu untuk mempertimbangkan semula untuk meneruskan kes tersebut.

    Saya sekarang menjaga anak-anak saya, jadi saya harap Nubhan boleh bertindak yang baik-baik untuk saya dan anak-anak dan fikirkan masa depan anak-anak.

    Fikirkan apa kesan dia kalau dia buat macam ini dekat saya dan kesihatan mental saya.

    Saya juga penat bekerja, saya juga nak jaga anak-anak, saya nak hantar anak pergi sekolah. Jadi pagi ni saya tak dapat hantar anak saya sekolah, saya terkilanlah.

    Mengulas lanjut, Dr. Fie mengakui tidak menjangkakan Nubhan akan bertindak memfailkan kes terhadapnya memandangkan anak-anak berada dalam keadaan terkawal di bawah jagaaannya.

    Alhamdulillah anak-anak saya baik dengan saya. Jadi saya pun tak sangkalah benda-benda macam ni akan berlaku. Kenapa dia nak buat saya macam ni?

    Sementara itu, peguam mewakili Dr. Fie, Norhasra Hamzah mengesahkan kes komital ini difailkan susulan anak guamnya melanggar perintah mahkamah berkaitan kenyataan yang dilakukan di media sosial.

    Berkaitan dengan kenyataan di media-media sosial. Kita tengok nantilah macam mana mahkamah mempertimbangkan Dr. Fie punya alasan.

    Terdahulu, Nubhan atau nama sebenarnya Ahmad Nubhan Ahamad memilih saluran mahkamah demi mempertahankan maruah diri dan membersihkan namanya daripada terus menjadi mangsa fitnah dan manipulasi spekulasi masyarakat.

    MENARIK:  Noh Salleh Selesai Jalani Pembedahan Tulang Tengkuk C6 & C7 – ‘Betul- Betul Belakang Pita Suara Saya’

    Nubhan juga menjelaskan bahawa dia sebelum ini memilih untuk berdiam diri bagi menjaga keharmonian banyak pihak, namun dakwaan yang tidak tepat termasuk isu hak penjagaan anak memaksanya untuk mengambil tindakan tegas mengikut lunas undang-undang.

    Sebelum ini, Mahkamah Rendah Syariah Sepang mengesahkan Nubhan sah bercerai dengan Dr. Fie selepas meneliti lafaz talak yang dibuat di luar mahkamah.

    Hakim Umamuddin Yunus menetapkan bahawa lafaz talak kali kedua yang dilafazkan Nubhan pada 26 Ogos lalu adalah sah mengikut hukum syarak dan undang-undang keluarga Islam.

    Untuk rekod, Nubhan dan Dr. Fie yang juga seorang doktor gigi mendirikan rumah tangga pada 29 Ogos 2015.

    Hasil perkahwinan mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Aafiya, 8, Ahmad Aaffan, 6, serta Afzan Nayille yang berusia tiga tahun.

    The post [VIDEO] Dr Afifah Terkilan Nubhan Fail Komital – ‘Fikir Masa Depan Anak-Anak, Kesan Terhadap Kesihatan Mental Saya’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah