26.4 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 26, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    CIJ kecam polis larang wartawan Malaysiakini buat liputan

    Shopee Sale

    Pusat Kewartawanan Bebas (CIJ) menyuarakan kebimbangan berhubung larangan ke atas Malaysiakini untuk membuat liputan dalam satu acara polis semalam, walaupun telah menerima undangan sebelum itu.

    Penafian sewenang-wenangnya terhadap Malaysiakini untuk ke acara itu membangkitkan kebimbangan serius terhadap ketelusan dalam proses membuat keputusan oleh Bukit Aman,” kata Pengarah Eksekutif CIJ Wathshlah Naidu dalam kenyataan, hari ini

    Semalam, wartawan Malaysiakini dilarang daripada membuat liputan di acara polis di Kuala Lumpur yang sepatutnya turut dihadiri Ketua Polis Negara Razarudin Husain.

    Acara “PDRM Special Dialogue II” bermula dengan perbincangan tertutup antara Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman dan pemegang taruh, antaranya agensi penguatkuasaan undang-undang lain bawah Kementerian Dalam Negeri dan juga Kementerian Kewangan.

    Media sepatutnya dibenarkan membuat liputan pelancaran acara oleh Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismal, yang dijadual pada 12.30 tengah hari.

    Namun, sekitar jam 11 pagi seorang pegawai media Bukit Aman memberitahu wartawan Malaysiakini mereka tidak dibenarkan masuk ke acara itu.

    Namun selepas pelancaran acara, Malaysiakini dibenarkan membuat liputan sidang media oleh Saifudin bersama-sama Timbalan Ketua Polis Negara Ayob Khan Mydin Pitchay dan Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri Ruji Ubi.

    Wathshlah mengingatkan pihak berkuasa yang semua penjawat awam ada kebertanggungjawaban terhadap rakyat sebagai pembayar cukai.

    MENARIK:  Representasi Rosmah gugur pertuduhan belum muktamad

    Dia juga membangkitkan perihal pegawai bertugas semalam yang gagal menjustifikasikan sebab larangan dikenakan terhadap wartawan Malaysiakini, dan berkata ia mencerminkan usaha untuk menyekat laporan yang tidak selari dengan agenda pihak berkuasa.

    “Larangan ini menjejaskan perananan media sebagai pemerhati kritikal dan menetapkan duluan yang bermasalah untuk kebebasan media di Malaysia,” katanya lagi.

    Dia menggesa Saifuddin dan Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil untuk memberikan penjelasan dan menggesa kerajaan segera menubuhkan Majlis Media Malaysia untuk menangani isu seperti ini.

    “Kami harap rakan kami, Malaysiakini dan media secara keseluruhan dapat menerima keadilan dan kesaksamaan seperti dijanjikan kerajaan Madani,” katanya.

    Tindakan polis semalam turut mengundang kritikan beberapa kumpulan wartawan dan ahli parlimen, dengan Gerakan Media Merdeka (Geramm) menggesa polis untuk menamakan individu yang mengarahkan wartawan Malaysiakini dilarang membuat liputan.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah