29.6 C
Kuala Lumpur
Saturday, July 4, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Chow sahkan Jagdeep dilucut daripada Lembaga PBAHB

    Shopee Sale

    Ketua Menteri Chow Kon Yeow semalam mengesahkan Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang Jagdeep Singh Deo dilucutkan jawatan sebagai sebagai pengarah bukan eksekutif di PBA Holdings Bhd (PBAHB).

    Beliau berkata jawatan tersebut dikosongkan kerana Jagdeep gagal memenuhi kehadiran minimum dalam mesyuarat lembaga pengarah sepanjang tahun kewangan syarikat berkenaan seperti yang dikehendaki oleh Bursa Malaysia.

    “Oleh itu, setiausaha syarikat, dalam kes ini PBA Holdings, perlu memaklumkan kepada Bursa Malaysia bahawa pengarah tersebut dianggap telah mengosongkan jawatannya kerana tidak mematuhi keperluan kehadiran.

    “Kami mengadakan kira-kira lima mesyuarat setahun dan sebahagian daripadanya beliau (Jagdeep) mungkin sedang menjalani rawatan perubatan. Namun, sebagai pengarah syarikat tersenarai, setiap individu perlu sedar akan tanggungjawab mereka untuk mematuhi keperluan statutori," katanya kepada pemberita selepas melancarkan upacara majlis pencahayaan dan pembukaan Miao Hui 2025 di Armenian Park di George Town, malam tadi.

    Selain kehadiran, katanya, pengarah juga kadangkala perlu mengikuti kursus berkaitan seperti Kursus Pengarah dan program berkaitan Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) untuk memenuhi tanggungjawab sebagai pengarah syarikat tersenarai.

    MENARIK:  Sarawak wartakan koridor gas elak tragedi Putra Heights - Abang Jo

    Apabila ditanya sama ada terdapat pengganti bagi jawatan yang dikosongkan, Chow, yang juga Pengerusi PBAHB, menegaskan bahawa tiada keperluan mendesak untuk mengisi jawatan tersebut buat masa ini kerana syarikat mempunyai bilangan pengarah yang mencukupi.

    Semalam, media melaporkan PBAHB telah memfailkan pemakluman kepada Bursa Malaysia mengenai pengosongan jawatan Jagdeep berkuat kuasa serta-merta berdasarkan Perenggan 15.05(3)(c) Kehendak-kehendak Penyenaraian Pasaran Utama Bursa Malaysia Securities Bhd.

    Di bawah keperluan tersebut, pengarah dianggap telah mengosongkan jawatannya sekiranya gagal menghadiri lebih daripada 50 peratus daripada jumlah mesyuarat Lembaga Pengarah dalam tempoh tahun kewangan.

    Jagdeep, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Datuk Keramat, dilantik ke Lembaga Pengarah PBAHB pada September 2023.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah