27.8 C
Kuala Lumpur
Friday, April 24, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Calon PM: Macam bincang nama anak tapi belum kahwin – Mohd Amar

    Shopee Sale

    PAS, kata Mohd Amar Abdullah, tidak pernah membincangkan siapa yang akan dicalonkan sebagai perdana menteri buat masa ini dan menganggap kenyataan mursyidul am parti itu, Hashim Jasin, sebagai pandangan peribadi.

    Bercakap kepada media di Wakaf Siku, Kota Bharu hari ini, Mohd Amar berkata pada PAS apa yang lebih penting ialah memastikan kemenangan berpihak kepada mereka berbanding memikirkan nama calon perdana menteri.

    Dia yang juga Naib Presiden PAS menjelaskan membangkitkan nama calon perdana menteri ketika ini sama seperti membincangkan nama anak bagi individu yang belum berkahwin.

    "Fokus kita yag utama sekarang ialah supaya pastikan kemenangan dalam pilihan raya dulu.

    "Ini tidak, kita 'kahwin' pun tidak 'isteri' tak mengandung tiba-tiba bincang nama anak... jadi tak betullah (cara itu).

    "Biar tentu kahwin dulu, mengandung, baru bincang... sekarang tak ada semua tu," katanya pada sidang media selepas merasmikan bilik pameran kereta elektrik jenama Proton di hari ini.

    Sebelum ini Bersatu menyatakan bahawa presiden mereka, Muhyiddin Yassin, adalah calon perdana menteri yang sesuai ditawarkan PN untuk pengundi dalam PRU ke-16 nanti.

    Sekadar hasrat individu

    Selain menjadi presiden Bersatu, Muhyiddin juga merupakan Pengerusi PN dan pernah menduduki jawatan tersebut untuk seketika selepas peristiwa Langkah Sheraton.

    Bagaimanapun dalam wawancara dengan Utusan Malaysia baru-baru ini Mursyidul Am PAS, Hashim Jasin, memberi bayangan bahawa Bersatu tidak merujuk kepada mereka sebelum menamakan Muhyiddin sebagai calon pilihan PN.

    MENARIK:  Dua MP Bersatu nafi Hamzah rancang bawa 15 MP keluar parti

    Pada masa sama Hashim menegaskan, akar umbi PAS mempunyai keyakinan bahawa yang sepatutnya memimpin PN ialah parti tersebut berdasarkan beberapa faktor.

    Misalnya, kata Hashim, PAS mengetuai pentadbiran di empat negeri, memiliki ahli rasmi seramai sejuta orang selain lebih ramai penyokong di seluruh negara.

    Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal, kemudian menjelaskan selain Muhyiddin PN ada ramai calon yang layak untuk ditawarkan sebagai perdana menteri.

    Katanya, mereka termasuklah Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man; naib presiden parti itu merangkap Menteri Besar Terengganu, Ahmad Samsuri Mokhtar; dan Timbalan Presiden Bersatu Hamzah Zainudin.

    Wan Fayhsal berhujah, nama-nama tersebut memiliki kelebihan kerana mempunyai hubungan yang baik dengan istana.

    Ulama kanan PAS, Mokhtar Senik, kemudian menegaskan tokoh yang paling sesuai diangkat sebagai calon perdana menteri ialah presiden parti itu, Abdul Hadi Awang.

    Di sebalik keuzuran Abdul Hadi, kata Mokhtar, dia masih boleh memimpin dan yakin wajah baru politik Malaysia mampu dihadirkan jika impian tersebut menjadi kenyataan.

    Mohd Amar berkata sebelum ini Abdul Hadi sering membuat kenyataan bahawa calon perdana menteri hanya akan difikirkan selepas mereka mencapai kemenangan.

    "Selepas menang baru isu tu (dibincangkan), maka tak berbangkit PAS sibuk (nak mencalonkan sesiapa).

    "Parti memang tak bincang, ini (cadangan PAS mengetuai kerajaan) adalah hasrat individu," katanya.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah