29.8 C
Kuala Lumpur
Friday, April 24, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Bunyi letupan, gegaran di Bagan Ajam hanya latihan TUDM

    Shopee Sale

    Polis mengesahkan bahawa bunyi letupan dan gegaran yang berlaku di kawasan Bagan Ajam pagi tadi disebabkan oleh latihan ketenteraan yang dijalankan oleh Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

    Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara ACP Anuar Abdul Rahman berkata pihaknya menerima maklumat mengenai bunyi letupan dan gegaran itu pada pukul 11.46 pagi sebelum membuat semakan dengan TUDM Butterworth.

    "Pihak TUDM memaklumkan bahawa mereka menjalankan latihan ‘force down’ yang melibatkan pesawat SU-30 MKM, F/A-18D Hornet, dan C130H.

    MENARIK:  Rayuan tular pesara bejaya raih sumbangan yuran anak masuk universiti

    "Latihan itu merangkumi latihan ‘air to ground’, iaitu simulasi pengeboman ke kawasan musuh dan ia dijalankan di dalam kawasan TUDM Butterworth,” katanya dalam kenyataan hari ini.

    Beliau meminta orang ramai supaya bertenang dan tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kejadian itu sehingga menimbulkan kegusaran awam.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah