30.5 C
Kuala Lumpur
Wednesday, May 20, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Polis tahan lelaki disyaki rosakkan peralatan tokong

    Shopee Sale

    Polis telah menahan seorang lelaki yang disyaki merakam video yang menunjukkan peralatan tokong dirosakkan di Manjung, Perak.

    Ketua Polis Daerah Manjung Mohamed Nordin Abdullah berkata pemandu lori berusia 35 tahun itu ditahan pada jam 9.30 malam semalam.

    Mohamed Nordin berkata pihaknya menerima laporan berkenaan rakaman video memaparkan seorang lelaki tidak dikenali tidak dikenali berbuat demikian di sebuah tokong di Manjung.

    "Pada jam lebih kurang 9.30 malam, polis telah berjaya menahan seorang lelaki berumur 35 tahun serta merampas sebuah telefon bimbit yang dipercayai digunakan suspek untuk merakam video tersebut.

    "Suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Teluk Intan untuk permohonan reman bagi siasatan lanjut," kata Mohamed Nordin dalam kenyataan hari ini.

    Pada Jumaat lalu, video memaparkan seorang lelaki menendang patung di sebuah tokong dikongsikan di X.

    MENARIK:  Keputusan kes video sumbang Aliff Syukri Jumaat ini

    Kes itu disiasat di bawah Seksyen 295 Kanun Keseksaan atas kesalahan membencana atau mencemarkan tempat sembahyang dengan niat mengaibkan mana-mana agama, serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia berhubung kesalahan penggunaan kemudahan rangkaian secara tidak wajar.

    Sabit kesalahan membawa hukuman denda tidak lebih RM50,000, penjara tidak lebih setahun atau kedua-duanya sekali.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah