26.4 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 25, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Bumiputera gagal manfaatkan industri eksport durian, kata Mat Sabu

    Shopee Sale

    PARLIMEN | Masyarakat Bumiputera gagal untuk memanfaatkan eksport durian yang membawa keuntungan, kata Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Mohamad Sabu.

    Berucap di Dewan Rakyat hari ini, Mohamad berkata dia tidak membangkitkan perkara itu dari sudut pandang perkauman.

    Namun, katanya, kebanyakan pengeksport durian yang telah menjadi jutawan adalah daripada kaum Cina.

    “Kenapa bumiputera gagal apabila tanaman durian ini untuk dieksport, ditanam secara besar-besaran untuk jadi bahan eksport kita.

    "Kita lihat bumiputera, Melayu gagal dalam hal ini,” katanya.

    MENARIK:  Buli: Dua lagi pelajar MRSM Besut ditahan

    Membangkitkan soal tanah, Mohamad berkata kebanyakan pengusaha durian Melayu beroperasi dalam skala yang kecil.

    Justeru, dia mempersoalkan bagaimana dan mengapa kerajaan gagal menyediakan tanah yang mencukupi kepada pengusaha bumiputera untuk penanaman berskala besar.

    “(Sedangkan) Kita lihat ketua menteri yang bukan Melayu hanya di Pulau Pinang saja, (di negeri) lain semua Melayu dan bumiputera.

    “Kita (bumiputera) kekal dengan pekebun-pekebun kecil yang hanya hasilkan durian untuk (dijual) di Chow Kit dan pasar-pasar di kampung,” katanya lagi.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah