26 C
Kuala Lumpur
Monday, November 2, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Lufya Omar Perjelas Salah Faham Detik Perkenalan Dr. Fie Dengan Suami – ‘Bukan Ramadan Tahun Lepas’

    Shopee Sale

    Penyanyi, Lufya Omar tampil menjelaskan salah faham berhubung fakta yang dikongsikan mengenai detik perkenalan rakannya, Dr. Afifah Hidayah Ahmad Tawfek dengan suaminya, Kapten Amrul Nizar Anuar.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Janji Tak Nak Kahwin Akhirnya Tewas Dengan Kapten’ – Ibu Sangka Hasrat Dr Fie Kembali Jadi Isteri Hanya Gurauan 

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Dr Fie Sah Bergelar Isteri Kapten Amrul, Terima Mas Kahwin Satu Dinar Emas 

    Salah faham

    View this post on Instagram

    A post shared by Lufya Luvya (@lufyalaana)

    Menurut Lufya atau nama sebenarnya Lutfyah Sheikh Omar, perkenalan Dr. Afifah yang lebih dikenali sebagai Dr. Fie dengan suaminya, Kapten Amrulbermula menerusi dirinya ketika Ramadan tahun ini.

    Katanya, sejak awal perkenalan itu, Lufya sudah dapat melihat keserasian yang terjalin antara mereka berdua.

    Ada sedikit kesilapan fakta dalam perkongsian saya sebelum ini mengenai kisah perkenalan Dr Afifah Hidayah (Dr Fie) dan Cap Amrul Anuar.

    Untuk penjelasan, Fya (nama panggilan Lufya) sebenarnya mula mengenalkan mereka berdua ketika berbuka puasa bersama pada Ramadan tahun ini, iaitu Februari 2026, bukannya Ramadan tahun lepas (2025) seperti yang tersilap ditulis dalam artikel tersebar.

    Saya sendiri dapat melihat keserasian antara mereka ketika pertemuan itu.

    Dalam pada itu, Lufya turut mengambil kesempatan memohon maaf atas kekeliruan fakta yang dikongsikannya sehingga mengundang kecaman orang ramai terhadap Dr. Fie.

    Saya mohon maaf atas kekeliruan yang berlaku, lebih-lebih lagi apabila kesilapan tahun tersebut telah menimbulkan salah faham dan komen yang kurang menyenangkan terhadap Dr Fie.

    Janganlah kerana kesilapan fakta dalam perkongsian saya, orang lain pula yang menerima kecaman.

    Dalam pada itu, Lufya turut meluahkan rasa gembira melihat kebahagiaan yang dikecapi rakannya itu selain mendoakan agar rumah tangga pasangan berkenaan sentiasa dilimpahi keberkatan Allah SWT.

    MENARIK:  Pelajar Ditemui Mati, Dipercayai Dicekik Teman Lelaki

    Terdahulu, Dr. Fie telah selamat bergelar isteri kepada Kapten Amrul pada Ahad lalu.

    Untuk rekod, Afifah mendirikan rumah tangga bersama penyanyi, Nubhan pada 29 Ogos 2015, namun disahkan bercerai talak dua pada Disember lalu selepas melalui prosiding di Mahkamah Rendah Syariah Sepang, Selangor. 

    Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Aafiya, 9, Ahmad Aafan, 7, dan Afzan Nayille, 4 tahun.

    Sumber: Instagram

    The post Lufya Omar Perjelas Salah Faham Detik Perkenalan Dr. Fie Dengan Suami – ‘Bukan Ramadan Tahun Lepas’ first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah