29.8 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 31, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    3 Adun dilantik exco baru Perlis

    Shopee Sale

    Tiga Adun Perlis dilantik sebagai anggota baru exco negeri itu berkuat kuasa hari ini, manakala dua penyandang sedia ada digugurkan.

    Adun Kuala Perlis, Abu Bakar Hamzah, Adun Guar Sanji, Mohd Ridzuan Hashim, dan Adun Sena, Marzita Mansor, masing-masing mengangkat sumpah jawatan di hadapan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail di Istana Arau hari ini.

    Turut berangkat ke istiadat pelantikan dan mengangkat sumpah jawatan itu ialah Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail. Hadir sama Menteri Besar Perlis Mohd Shukri Ramli.

    Dua exco yang digugurkan itu ialah Megat Hashirat Hassan (Adun Pauh) dan Wan Zikri Afthar Ishak (Adun Tambun Tulang).

    Abu Bakar dilantik memegang portfolio pelancongan, seni dan budaya; dan pembangunan luar bandar manakala Mohd Ridzuan bertanggungjawab untuk portfolio belia dan sukan, dan sains, teknologi dan inovasi.

    Wan Zikri Afthar Ishak

    Marzita pula diberi tanggungjawab menggalas portfolio kebajikan, kesihatan dan keusahawanan.

    Sementara itu, lima exco sedia ada dilantik semula dan turut mengangkat sumpah jawatan di hadapan Tuanku Syed Sirajuddin hari ini selepas setahun memegang jawatan itu.

    MENARIK:  Banjir: 113 orang di Hulu Bernam dipindah ke PPS

    Bagaimanapun terdapat perubahan bagi portfolio masing-masing.

    Mereka ialah Adun Santan Muhammad Azmir Azizan, Asrul Aimran Abd Jalil (Kayang), Izizam Ibrahim (Titi Tinggi), Razali Saad (Simpang Empat) dan Wan Badariah Wan Saad (Mata Ayer).

    Wan Badariah Wan Saad

    Berikut adalah senarai exco dan portfolio masing-masing:

    * Muhammad Azmir: agama, pendidikan, pembangunan insan dan sumber manusia
    * Asrul Aimran: perumahan dan kerajaan tempatan; penerangan dan digital
    * Izizam: infrastruktur, pengangkutan dan hubungan sempadan
    * Razali: pertanian, perladangan dan kepenggunaan
    * Wan Badariah: pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat; perpaduan dan alam sekitar
    * Abu Bakar: pelancongan, seni dan budaya; dan pembangunan luar bandar
    * Mohd Ridzuan: belia dan sukan; dan sains, teknologi dan inovasi
    * Marzita: kebajikan, kesihatan dan keusahawanan

    Sementara itu, bercakap kepada pemberita selepas istiadat itu, Mohd Shukri berkata pelantikan berkenaan berkuat kuasa sehingga akhir penggal Pilihan Raya Umum ke-15

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah