29.9 C
Kuala Lumpur
Wednesday, July 29, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    BlackRock miliki aset RM27.5 bilion di Malaysia

    Shopee Sale

    PARLIMEN | Firma kontroversi BlackRock sudah bertapak di Malaysia sejak 1990an dan kini memiliki aset pelaburan sebanyak RM27.5 bilion di negara ini.

    Bagaimanapun, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Zafrul Abdul Aziz menegaskan syarikat Amerika Syarikat itu tidak mempengaruhi dasar negara.

    "BlackRock telah berada di Malaysia pada tahun 1990-an dan menurut data yang diperoleh secara terbuka, setakat Mei 2024, BlackRock sebagai sebuah firma pelaburan global sudah memiliki pelaburan ekuiti di dalam 100 syarikat tersenarai di Malaysia merangkumi sektor industri, dengan tiga entiti terbesar merupakan institut perbankan di negara ini.

    MENARIK:  Koperal mengaku tidak bersalah rogol remaja perempuan bawah umur

    "Jadi secara keseluruhan mereka memiliki aset bernilai RM27.5 bilion di Malaysia, RM20.5 bilion di Bursa dan RM7 bilion di dalam bon kerajaan dan korporat Malaysia," katanya.

    [Berita penuh menyusul]

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah