27.9 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 21, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Biarkan proses rayuan berjalan, kata Nik Nazmi

    Shopee Sale

    Proses pengundian PKR 2025 yang telus dan adil merupakan asas kekuatan PKR sebagai parti reformasi, kata Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Nik Nazmi Nik Ahmad.

    Beliau yang gagal mempertahankan jawatan Ketua Cabang Setiawangsa pada pengundian kali ini berkata terdapat beberapa isu yang wajar dibangkitkan dan akan menggunakan saluran serta proses parti sewajarnya untuk menyuarakan perkara tersebut.

    “Saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada semua penyokong, jentera dan anggota parti yang telah bersama-sama turut serta.

    “Kami akan membiarkan proses rayuan berjalan mengikut peraturan dan ruang yang ditetapkan oleh parti,” katanya menerusi hantaran di X, semalam.

    MENARIK:  Video tular Adun didakwa rasuah mungkin nak lemahkan k'jaan negeri - Hajiji

    Nik Nazmi yang juga Ahli Parlimen Setiawangsa gagal mempertahankan jawatan Ketua Cabang bahagian itu pada Pemilihan PKR 2025 apabila kalah kepada pencabarnya Datuk Afdlin Shauki.

    Afdlin, yang juga pelakon dan pengarah filem terkenal, menang setelah memperoleh 631 undi pada pengundian peringkat Cabang yang berlangsung serentak dengan sayap Wanita dan Angkatan Muda Keadilan (AMK) hari ini.

    Nik Nazmi yang juga Naib Presiden PKR meraih 563 undi.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah