27.9 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 21, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Tak senonoh di kubur: Mahkamah ketepi hukuman penjara, kekalkan sabitan

    Shopee Sale

    Mahkamah Tinggi di George Town hari ini mengenepikan hukuman penjara 12 bulan terhadap pasangan kekasih yang melakukan perbuatan tidak senonoh di sebuah tanah perkuburan Cina pada Mac lepas.

    Hakim Rofiah Mohamad membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan semakan difailkan pasangan itu untuk mengenepikan hukuman dijatuhkan Mahkamah Majistret di sini pada 26 Mac, bagaimanapun mengekalkan sabitan terhadap mereka.

    Rofiah memerintahkan hukuman penjara ke atas pasangan itu digantikan dengan tempoh penjara dari tarikh tangkap, iaitu 23 Mac sehingga pelupusan semakan pada hari ini.

    Sehubungan dengan itu, pasangan tersebut diperintahkan untuk dilepaskan serta-merta.

    Terdahulu, peguam Datuk Naran Singh yang mewakili pasangan itu memaklumkan telah mengemukakan representasi kepada pihak pendakwaan berhubung hukuman tersebut yang disifatkan sebagai keterlaluan.

    MENARIK:  BN akan bekerjasama dengan PH pada PRU16 - Zahid

    “Sabitan dikekalkan namun kami memohon agar hukuman penjara 12 bulan diketepikan kerana terlalu berat,” katanya.

    Timbalan Pendakwa Raya Muna Mohamed Jaafar tidak membantah permohonan itu dan mengesahkan pihak pendakwaan menerima representasi yang dikemukakan.

    Sementara itu, Rofiah dalam penghakimannya berkata mahkamah tidak mempunyai alasan untuk menolak persetujuan antara pihak pendakwaan dan pembelaan, selaras dengan representasi yang dikemukakan.

    Pada 26 Mac, Mahkamah Majistret menjatuhkan hukuman penjara 12 bulan terhadap pasangan tersebut selepas mengaku bersalah melakukan perbuatan itu di sebuah tanah perkuburan Cina di Batu Gantung, Ayer Itam pada 8.30 pagi 22 Mac.

    Mereka didakwa mengikut Seksyen 377D Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman maksimum penjara dua tahun.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah