24.7 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 21, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Kenapa Bila Pakai Comot Masuk Restoran Fancy Macam Kena Judge’ – Nabila Huda

    Shopee Sale

    Pelakon, Nabila Huda mempersoalkan layanan berbeza yang diterimanya ketika memasuki sebuah restoran mewah susulan penampilannya yang disifatkan kurang bersiap.

    Artikel Berkaitan: ‘Sangat Humble, Tak Sombong & Layan Semua Krew Sama Rata Dengan Artis’ – Individu Dedah Sikap Nabila Huda

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Sebelum Tidur Saya Sapu Minyak Kelapa Ke Seluruh Wajah’ – Nabila Huda Kongsi Rutin Penjagaan Kulit

    Tak bersiap

    View on Threads

    Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Threads, pemilik nama Nabila Huda memberi gambaran seakan tidak selesa dengan pandangan negatif pekerja di restoran yang dikunjunginya.

    Menurut Nabila Huda, dia turut menerima pandangan kurang selesa daripada pelanggan lain di restoran mewah berkenaan susulan penampilannya yang hanya mengenakan t-shirt dan selipar.

    Kenapa kadang-kadang bila pakai comot nak masuk restoran mewah kena pandang macam kena judge?

    Contoh keluar pakai baju biasa dan selipar. Saya malas nak bersiap.

    Tapi gincu harus lah kan. Cuma watak tak cukup dengan gaya dan feel restoran itu.

    Pandangan itu seolah-olah tak percaya kita nak makan di restoran itu. Buat kita tak selesa padahal datang nak makan saja.

    Dan ada juga pelanggan yang bagi pandangan macam kita gelandangan.

    Tambah aktres filem Gayong itu, persoalan yang disuarakan bukan untuk memperoleh layanan istimewa sebaliknya sekadar menuntut layanan yang adil tanpa mengira penampilan seseorang.

    Bukan nak orang kenal kita dan dapat layanan istimewa. Saya tak kisah langsung tentang semua itu.

    Saya hanya nak makan. Dalam Malaysia ini, bukan hanya pekerja Melayu saja, pelbagai bangsa ada.

    Tapi kenapa kalau kita tak bersiap, perlu ada pandangan yang sebegitu? Tak boleh ke kita dilayan sama adil.

    Tak boleh ke bagi senyuman semanis buah walaupun pakaian itu tak setaraf dengan pelanggan yang selalu masuk restoran itu.

    Sumber: Threads @kupu_kupu

    MENARIK:  [VIDEO] Aliff Syukri Dedah Punca Isteri Keluarkan Kenyataan – ‘Pada Awalnya Keluarga Kami Tak Dibenarkan Post Gambar’

    The post ‘Kenapa Bila Pakai Comot Masuk Restoran Fancy Macam Kena Judge’ – Nabila Huda first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah