27.9 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 21, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Video tular Adun didakwa rasuah mungkin nak lemahkan k'jaan negeri – Hajiji

    Shopee Sale

    Ketua Menteri Sabah, Hajiji Noor berkata video tular membabitkan Adun yang didakwa membincangkan rasuah baru-baru ini mungkin bertujuan untuk melemahkan kerajaan negeri.

    Hajiji berkata setakat ini dia masih belum menonton video terbabit tetapi menyerahkan perkara itu untuk disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

    "Ini susah untuk saya komen dan saya tidak boleh komen (secara lanjut).

    "Saya serahkan kepada pihak berwajib untuk menyiasat hal ini kerana ini (disifatkan) mempunyai motif tertentu.

    "Ini mungkin bertujuan melemahkan kerajaan tapi saya ingin tegaskan bahawa kerajaan negeri hari ini kekal kukuh perpaduannya dalam Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan juga Pakatan Harapan (PH) Plus.

    MENARIK:  Laporan SPRM dibuat terhadap bekas pegawai kanan syarikat perlombongan Sabah

    "Ini cukup mantap, jadi itulah kedudukannya. Kita tunggu penyiasatan daripada pihak berwajib," katanya dilapor Harian Metro ketika diminta mengulas berhubung isu berkenaan, semalam.

    Malaysiakini baru-baru ini melaporkan sekurang-kurang lapan rakaman video mengaitkan beberapa Adun sebuah negeri yang didakwa membincangkan 'rasuah' bernilai ratusan ribu ringgit yang diberikan kepada mereka sebagai balasan untuk mendapatkan projek.

    Semalam, pemberi maklumat yang merupakan seorang ahli peniagaan mendedahkan rakaman keempat yang menunjukkan pemimpin kanan negeri berkenaan tahu berkaitan dakwaan imbuhan terhadap wakil-wakil rakyatnya.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah