Timbalan Perdana Menteri II, Fadillah Yusof mendedahkan kandungan memorandum persefahaman (MoU) kerajaan mengenai peruntukan untuk pembangkang selepas PN membuat keputusan sebulat suara untuk menolak draf tersebut.
Ketua whip parlimen kerajaan itu menyifatkan dakwaan Ketua Pembangkang Hamzah Zainuddin draf tersebut berpotensi menjejaskan beberapa peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan sebagai "tidak berasas."
"Dengan pendedahan MoU ini, rakyat sendiri boleh menilai bahawa kesemua dakwaan Ketua Pembangkang mengenai draf terbabit adalah tidak berasas sama sekali," katanya pada satu kenyataan hari ini.





