Dengan akaun Bersatu masih dibekukan oleh SPRM, parti itu mengumpul derma untuk mengadakan perhimpunan agungnya tahun ini.
Menurut Naib Presidennya Ronald Kiandee, parti itu telah mengumpul dana berjumlah RM330,710.30 daripada pemimpin parti, ahli parlimen dan Adun.
Bagaimanapun, jumlah itu tidak mencukupi jadi timbalan presiden yang baru dilantik Hamzah Zainudin dan setiausaha agung Azmin Ali menyumbang lagi RM35,000 setiap seorang, kata Ronald kepada hadirin perhimpunan dalam ucapan penggulungannya.
“Jadi ini bermakna ahli dan pemimpin Bersatu membayar kos perhimpunan agung tahunan,” katanya.





