Pelakon Azar Azmi mengakui mempunyai kebimbangan untuk menghantar anak-anaknya kepada pengasuh berikutan peningkatan kes melibatkan keselamatan kanak-kanak yang sering dilaporkan.
Artikel Berkaitan: Azar Azmi Syukur Diberi Peluang Berlakon, Tumpang Rezeki Anak-Anak – ‘Saya Ingat Orang Dah Tak Suka’
Artikel Berkaitan: Azar Azmi Enggan Ulas Kes Mahkamah Suami, Sibuk Cari Duit Besarkan Anak-Anak
Azar Azmi hantar anak dekat kakak

Ketika ditemui , Azar atau nama lengkapnya Azar Ameerah Azmi, 37, berkata pengalaman serta perkara yang berlaku di sekeliling membuatkan dia lebih berhati-hati dalam soal penjagaan anak.
Saya ada masalah dengan trust issue. Sebab banyak yang kita baca (di media sosial) melibatkan kanak-kanak.
Mereka tak salah cuma orang dewasa yang patut mendidik dan menjaga mereka. Jadi apa terjadi yang kita baca tu, saya tak boleh terima.
Azar berkata demikian ketika ditemui di majlis sidang media drama terbaharunya berjudul Bulan Henti Bicara yang berlangsung di, Bizmilla Hall, Putrajaya pada Selasa.
Disebabkan itu juga, pelakon drama Nur ini lebih percaya dua anaknya yang berusia tiga dan empat tahun itu dijaga oleh ahli keluarganya berbanding orang lain.
Saya lagi percaya darah daging saya sendiri yang jaga. Anak-anak saya, kakak yang jaga.
Saya tak pernah ada pengalaman buruk dengan pengasuh tapi ini adalah impak dengan apa yang terjadi di sekeliling.
Sebab kita tak tahu apa yang dia (pengasuh) buat di belakang kita. Saya jadi berfikiran negatif, risau ada perkara buruk terjadi.
The post Azar Azmi Ada ‘Trust Issue’ Hantar Anak Kepada Pengasuh – ‘Saya Lagi Percaya Darah Daging Sendiri Jaga’ first appeared on OHBULAN!.





