25.2 C
Kuala Lumpur
Friday, June 26, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Beri gelandangan sisa makanan: MCMC rakam keterangan tiga individu

    Shopee Sale

    Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah merakam keterangan tiga individu dipercayai pempengaruh media sosial berhubung penyebaran video yang memaparkan mereka memberi sisa makanan kepada seorang gelandangan.

    Kenyataan MCMC memaklumkan rakaman keterangan dan siasatan lanjut berhubung perkara itu telah dijalankan di Ibu Pejabat Polis Daerah Iskandar Puteri, Johor hari ini selain menyita tiga telefon bimbit dan tiga kad SIM bagi membantu siasatan.

    Menurut MCMC, kandungan video itu dipercayai bersifat jelik melampau dan telah mencetuskan kemarahan serta kecaman meluas dalam kalangan warganet selain menyentuh sensitiviti masyarakat majmuk di negara ini.

    Kenyataan itu memaklumkan siasatan dijalankan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang memperuntukkan hukuman maksimum penjara dua tahun atau denda RM500,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

    MENARIK:  Akmal bidas DAP - 'Sukan pun tak dibenar terima dana syarikat arak, apa lagi sekolah'

    Tinjauan Bernama di platform TikTok mendapati video berdurasi hampir dua minit itu, yang dimuat naik oleh beberapa pemilik akaun, memaparkan tiga remaja lelaki dipercayai memberikan nasi bersama tulang ayam kepada seorang gelandangan yang tidur di kaki lima.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah