28.7 C
Kuala Lumpur
Friday, June 5, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    'Berang tak dilayan nak beli emas 1kg, suspek cuba bawa masuk anjing'

    Shopee Sale

    Tidak puas hati dengan layanan diterima di sebuah kedai emas dipercayai menjadi punca insiden seorang lelaki cuba membawa anjing memasuki kompleks beli-belah di Seksyen 14, di Shah Alam pada 17 Okt lepas.

    Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Mohd Iqbal Ibrahim berkata hasil siasatan insiden yang berlaku pada 11.20 pagi itu, mendapati suspek berusia 52 tahun tersebut telah mengikat anjing peliharaannya di luar bangunan kompleks beli-belah itu.

    Beliau berkata suspek kemudian telah pergi ke sebuah kedai emas di dalam kompleks itu untuk membeli emas seberat satu kilogram.

    "Berang akibat tidak di layan, suspek telah memarahi pekerja kedai emas dengan mengeluarkan kata-kata kesat hingga berlaku kekecohan.

    "Orang awam yang berada di kedai emas itu turut bertindak membantu mententeramkan suspek dan telah berlaku pergelutan," katanya dalam kenyataan hari ini.

    Mohd Iqbal berkata pengawal keselamatan di kompleks itu berjaya meleraikan pergelutan dan membawa suspek keluar sebelum lelaki tersebut bertindak cuba membawa masuk anjing peliharaannya ke dalam bangunan namun gagal kerana dihalang.

    Susulan kejadian itu, beliau berkata pihaknya menerima tiga laporan yang dibuat pada hari sama oleh suspek dan saksi di tempat kejadian.

    MENARIK:  Tuduhan Khairy pada PTD tak berasas, kata persatuan

    "Laporan polis yang dibuat suspek disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan manakala laporan daripada saksi kejadian dijalankan mengikut Seksyen 290 kanun sama, serta Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia,” katanya.

    Mohd Iqbal meminta mana-mana pihak yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu agar menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Nor Sabryna Mohammad Taha di talian 014-5130450 dan Penolong Penyiasat Sarjan Rustam Eliah di talian 019-6148034 bagi membantu siasatan.

    Terdahulu tular video berdurasi 29 saat di aplikasi TikTok memaparkan seorang lelaki bertindak membawa seekor anjing memasuki sebuah bangunan.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah