32.5 C
Kuala Lumpur
Monday, June 1, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Bekas CEO direman bantu siasatan kes tuntutan palsu RM360 juta

    Shopee Sale

    Bekas ketua pegawai eksekutif (CEO) sebuah syarikat direman tiga hari sehingga Isnin ini bagi membantu siasatan kes mengemukakan tuntutan mengandungi butir matan palsu bernilai kira-kira RM360 juta.

    Perintah reman dikeluarkan pendaftar mahkamah, Eleanor Mako Timothy, selepas membenarkan permohonan dibuat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Mahkamah Majistret Putrajaya hari ini.

    Menurut sumber, lelaki berusia sekitar 40-an itu ditahan kira-kira 11 malam semalam ketika hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya.

    “Siasatan awal mendapati suspek dipercayai terlibat mengemukakan dokumen mengandungi butir matan palsu bagi membuat tuntutan berjumlah kira-kira RM360 juta yang menggunakan dana sukuk dalam projek pembinaan lebuh raya bernilai kira-kira RM1.30 billion,” katanya.

    MENARIK:  Malaysia raih pelaburan AI RM13.29 bilion

    Sementara itu, Pengarah Kanan Bahagian Siasatan SPRM, Zainul Darus, ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut dan memaklumkan kes disiasat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

    Zainul juga berkata, tiga lelaki dan seorang wanita termasuk seorang bergelar Datuk Seri berusia antara 50-an hingga 70-an yang direman pada Rabu lepas terkait kes sama telah dibebaskan dengan jaminan SPRM.

    - Bernama

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah