31.7 C
Kuala Lumpur
Thursday, June 25, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    AS tak terlibat serang Iran, kata pegawai pertahanan

    Shopee Sale

    Washington telah dimaklumkan terlebih dahulu tetapi tiada penglibatan Amerika Syarikat (AS) dalam serangan Israel ke atas Iran, lapor Agensi Anadolu (AA) memetik seorang pegawai pertahanan Amerika lewat Jumaat.

    Rumah Putih juga mengesahkan bahawa Presiden Joe Biden telah diberi taklimat mengenai serangan itu dan menyatakan bahawa Washington menyedari "serangan yang disasarkan terhadap sasaran ketenteraan di Iran" sebagai tindak balas kepada serangan peluru berpandu balistik Iran ke atas Israel pada 1 Oktober.

    "Kami faham bahawa Israel sedang melakukan serangan yang disasarkan terhadap sasaran ketenteraan di Iran sebagai tindakan mempertahankan diri," menurut jurucakap Majlis Keselamatan Negara Sean Savett dalam satu kenyataan.

    Kenyataan itu dikeluarkan selepas Israel pada awal Sabtu mengumumkan bahawa tenteranya melaksanakan "serangan tepat" ke atas “sasaran ketenteraan” di Iran, ketika letupan kedengaran di Tehran.

    Agensi berita Syria SANA melaporkan letupan juga kedengaran di ibu negara Damsyik.

    Tiada maklumat lanjut didedahkan setakat ini.

    MENARIK:  Piala Shopee: Tiada wakil Malaysia layak ke separuh akhir

    Televisyen Israel, KAN melaporkan bahawa Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu dan Menteri Pertahanan Yoav Gallant berada di bangunan Kementerian Pertahanan semasa serangan berkenaan.

    Dalam laporan petang yang berdasarkan sumber yang tidak dinamakan, KAN berkata Gallant dan Ketua Turus Am Herzi Halevi meluluskan rancangan untuk menyerang Iran, sementara menunggu keputusan daripada kerajaan.

    Agensi Berita separa rasmi Iran Fars melaporkan bahawa Israel menyasarkan beberapa pangkalan tentera di barat dan barat daya Tehran.

    Televisyen negara Iran turut mengesahkan laporan mengenai letupan di Tehran.

    -Bernama

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah