28.2 C
Kuala Lumpur
Friday, May 15, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    AS dakwa lancar serangan ‘pertahanan diri’ terhadap Iran

    Shopee Sale

    Komando Pusat Amerika Syarikat (CENTCOM) memaklumkan tenteranya memintas serangan Iran dan membalas dengan "serangan pertahanan diri" ketika kapal peranang AS melalui Selat Hormuz menuju ke Teluk Oman pada Khamis, lapor Anadolu Ajansi.

    "Pasukan Iran melancarkan beberapa peluru berpandu, dron dan bot kecil ketika USS Truxtun (DDG 103), USS Rafael Peralta (DDG 115) dan USS Mason (DDG 87) melalui laluan laut antarabangsa itu," menurut kenyataan berkenaan.

    MENARIK:  Jangan salah tafsir, kerajaan tegas banteras rasuah - Nga

    CENTCOM memaklumkan tiada aset AS terkena serangan itu.

    "Komando Pusat Amerika Syarikat (CENTCOM) menghapuskan ancaman yang menghampiri dan menyasarkan kemudahan tentera Iran yang bertanggungjawab menyerang tentera AS, termasuk tapak pelancaran peluru berpandu dan dron; lokasi perintah dan kawalan; serta nod risikan, pengawasan dan tinjauan," menurut kenyataan itu.

    AS berkata pihaknya tidak mahu mencetuskan peningkatan ketegangan, namun kekal bersiap siaga dan bersedia melindungi tentera Amerika.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah