29.5 C
Kuala Lumpur
Friday, October 2, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    AS cabul MOU bukti tandatangan Trump tiada nilai – Iran

    Shopee Sale

    GLOBAL | Pemimpin Tertinggi Iran Mojtaba Khamenei pada Sabtu berkata tindakan Amerika Syarikat (AS) mencabuli memorandum persefahaman (MoU) damai yang baru-baru ini dimeterai dengan Iran sekali lagi membuktikan bahawa tandatangan Presiden AS Donald Trump tidak bernilai dan tidak boleh dipercayai, menurut media Iran, lapor Xinhua.

    Beliau berkata demikian dalam perutusan kepada rakyat Iran yang disiarkan media tempatan, dengan menyentuh beberapa isu penting negara itu.

    Khamenei berkata pelanggaran berulang kali oleh AS terhadap MoU yang ditandatangani Presiden Iran Masoud Pezeshkian dan Trump pada 18 Jun itu “sekali lagi membuktikan kepada semua betapa tidak bernilai dan tidak sah tandatangan Presiden AS.”

    Beliau berkata, AS “sekali lagi menampilkan wajah sebenarnya tanpa berselindung,” sambil menyifatkan “pengalaman pahit melibatkan jenayah dan kemungkiran janji itu sebagai satu lagi bukti kukuh mengenai pembohongan AS serta sifatnya yang tidak rasional, tidak boleh dipercayai dan jahat.”

    Khamenei memberi amaran bahawa sekiranya AS meneruskan apa yang disifatkannya sebagai tindakan mengapi-apikan peperanangan dan cuba mengenakan tekanan lebih berat, mereka perlu bersedia menerima “pengajaran yang tidak akan dilupakan” daripada Iran dan barisan penentang.

    MENARIK:  Walau mogok lapar tamat, aktivis komited terus lawan penjualan MAHB

    Kenyataan itu dibuat ketika ketegangan serantau semakin memuncak meskipun MoU berkenaan menetapkan AS dan Iran dijangka mengadakan rundingan dalam tempoh 60 hari bagi mencapai perjanjian muktamad.

    AS melancarkan beberapa siri serangan terhadap Iran sejak beberapa hari kebelakangan ini, manakala Iran bertindak balas dengan menyasarkan pangkalan dan kemudahan AS di rantau berkenaan.

    Terdahulu pada Sabtu, Timbalan Menteri Luar Iran bagi Hal Ehwal Undang-Undang dan Antarabangsa Kazem Gharibabadi berkata Iran telah menghentikan pelaksanaan obligasinya di bawah MoU dengan AS, sambil menuduh Washington melanggar komitmen yang dipersetujui dalam perjanjian itu.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah