25.4 C
Kuala Lumpur
Saturday, October 24, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Pindaan perlembagaan berkaitan Orang Asli dibentang 2027

    Shopee Sale

    Pindaan Perlembagaan Persekutuan berkaitan kepentingan masyarakat Orang Asli dijangka dibentang di parlimen selewat-lewatnya pada 2027.

    Ahli Parlimen Cameron Highlands Ramli Mohd Nor berkata setakat ini proses libat urus bersama masyarakat Orang Asli dan badan bukan kerajaan sedang giat dijalankan dengan maklum balas yang diberikan adalah positif.

    Ramli berkata libat urus pindaan Perlembagaan Persekutuan bagi kepentingan masyarakat Orang Asli setakat ini dijalankan di Selangor, Kuala Lumpur, Pahang Barat, Perak dan Kedah.

    "Selepas selesai semua libat urus, perkara ini akan di bawa kepada perdana menteri dan seterusnya, paling lewat (dibentangkan di Parlimen) sebelum penggal ke-15 ini tamat," katanya kepada pemberita pada majlis Perhimpunan Perdana Batin dan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Orang Asli (JPKKOA) serta Penyerahan Inisiatif Geran JPKKOA Negeri Sembilan di Seremban hari ini.

    Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat itu berkata pindaan Perlembagaan Persekutuan itu akan melibatkan dua perkara.

    MENARIK:  DSA & Natsec terbuka pada semua syarikat pertahanan global - Khaled

    "Dalam pindaan ini dicadangkan tanggungjawab menjaga Orang Asli diletakkan dalam jadual bersama iaitu kerajaan pusat dan kerajaan negeri kena jaga sebab banyak isu seperti tanah, perhutanan dan kebajikan Orang Asli.

    “Kita juga melihat Perkara 153 iaitu kepentingan masyarakat dan bumiputera pribumi Sabah dan Sarawak namun tidak dimasukkan Orang Asli, jadi saya cadangkan untuk pindaan ini," katanya.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah