29.5 C
Kuala Lumpur
Friday, June 5, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Anwar ucap tahniah pada Trump, harap hentikan keganasan di Palestin

    Shopee Sale

    Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah kepada Donald J Trump atas kemenangannya dalam pilihan raya presiden Amerika Syarikat (AS).

    “Bab baru ini membawa peluang yang diperbaharui, dan kami bersedia untuk maju dengan optimisme, kerjasama, dan tujuan bersama,” katanya.

    Setakat laporan ini ditulis, keputusan tidak rasmi menunjukkan Trump daripada Republikan sudah mendapat jumlah minimum untuk menjadi presiden AS buat kali kedua, mengalahkan calon Demokrat Kamala Harris.

    Republikan juga memperoleh undi minimum untuk menguasai Senat.

    Dalam ucapan di media sosial sebentar tadi, Anwar berkata AS kekal sebagai sumber pelaburan asing terbesar Malaysia dan pemain penting di rantau Asia Pasifik. 

    MENARIK:  Pemuda DAP Seputeh buat laporan polis terhadap Akmal esok

    Katanya, sebagai pengerusi Asean pada tahun depan, Malaysia berharap AS dapat menghidupkan kembali penglibatannya dengan Asia Tenggara. 

    “Kami juga menggesa AS menggunakan pengaruh besarnya untuk membantu menghentikan keganasan dan kehilangan nyawa yang dahsyat di Palestin dan Ukraine,” katanya.

    Dalam kenyataan dalam bahasa Inggeris, Anwar berharap kerjasama rapat rapat dengan presiden AS akan memupuk manfaat bersama bagi rakyat kedua-dua negara kita.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah