26.4 C
Kuala Lumpur
Friday, April 17, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Anwar: Saya tak masuk campur kes Najib

    Shopee Sale

    Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau tidak mencampuri sebarang urusan perundangan berhubung keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang melepas tanpa membebaskan (DNAA) bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak daripada tiga pertuduhan membabitkan dana SRC International Sdn Bhd (SRC) berjumlah RM27 juta.

    “Itu keputusan hakim, Peguam Negara… saya tak masuk campur,” katanya ringkas kepada pemberita selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Kampung Seri Aman, di Puchong hari ini.

    Terdahulu hari ini, Hakim K Muniandy membenarkan permohonan pihak pembelaan untuk melepas tanpa membebaskan Najib selepas mendapati pihak pendakwaan belum bersedia untuk meneruskan perbicaraan yang tertangguh sejak 2019. 

    MENARIK:  Kecoh kerana selendang: Kita perlu galakkan perpaduan, kata Yeoh

    Mahkamah dimaklumkan pihak pendakwaan belum memperoleh dokumen penting sebagai bukti, dan kelewatan itu menafikan hak tertuduh untuk mendapat penyelesaian yang sewajarnya dan tepat pada masanya.

    Perintah DNAA (lepas tanpa bebas) bermaksud tertuduh dilepaskan daripada pertuduhan sementara waktu, namun boleh didakwa semula jika pendakwaan memutuskan untuk meneruskan prosiding pada masa akan datang.

    -Bernama

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah