31 C
Kuala Lumpur
Friday, July 3, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Darell patut lebih bijak jika nak bertaruh untuk SPRM, sindir PSM

    Shopee Sale

    Gara-gara 'kalah bertaruh', Parti Sosialis Malaysia (PSM) tidak dapat mengelak daripada mentertawakan Timbalan Presiden Warisan, Darell Leiking, berhubung pandangannya terhadap cara pihak berkuasa menangani isu dakwaan skandal rasuah Sabah.

    Menurut Timbalan Pengerusi PSM, S Arutchelvan, dia terkejut apabila Darell memilih untuk menyebelahi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berbanding sebaliknya.

    Kata Arutchelvan Darell wajar tahu apa yang patut dipertaruhkannya dalam kes sebegitu.

    "Dia sepatutnya tahu mahu bertaruh apa berbanding memilih sesuatu yang mempunyai kemungkinan satu dalam sejuta untuk menang," katanya berseloroh.

    Arutchelvan memberitahu Malaysiakini, jika pertaruhan Darell itu diumpamakan seperti perlumbaan kuda, bekas menteri perdagangan antarabangsa dan industri berkenaan bolehlah dianggap memilih kuda yang tersangkut di tempat permulaan sejak beberapa dekad lampau.

    "Kuda itu hanya menerpa ke depan dengan kelajuan sangat pantas apabila ada ahli politik bukan kerajaan yang terlibat," katanya lagi secara sinis.

    Pagi tadi Malaysiakini melaporkan 'kekecewaan' Darell apabila dia kalah bertaruh dengan kawannya berhubung kemungkinan langkah yang diambil SPRM terhadap dakwaan skandal rasuah melibatkan lesen cari gali bahan mineral serta beberapa Adun Sabah.

    Kata Darell, walaupun memang skeptikal, dia masih menyimpan sedikit harapan kepada SPRM untuk menahan serta mendakwa individu tertentu ekoran pendedahan seorang ahli perniagaan melalui Malaysiakini baru-baru ini.

    Masih menyakitkan hati

    "Kepada salah seorang rakan saya yang memberitahu (tidak lama selepas video-video itu dikeluarkan Malaysiakini): tiada ni bah bro, dorang (mereka) tidak akan didakwa biar pun banyak video dikeluarkan sebab dorang ni pandai atur bah.

    "Saya mengaku yang kamu sudah menang pertaruhan dan saya berhutang kamu mi kon lau (hidangan mi masyarakat Cina yang popular) dan juga ngiu chap (mi sup daging yang terkenal di Kota Kinabalu)," kata Darell.

    Menurut Arutchelvan, berdasarkan kepada rekod prestasi pihak berkuasa Malaysia, memang sukar untuk mencari seseorang yang mempunyai keyakinan seperti Darell sama ada di Semenanjung Malaysia mahupun di Sabah atau Sarawak.

    MENARIK:  Tiada kompromi keselamatan dalam pelan liberalisasi visa - Saifuddin

    “Selama ini SPRM agak konsisten untuk tidak mengambil tindakan terhadap kerajaan semasa dan anda tidak memerlukan saintis roket mahupun bomoh untuk memberitahu anda perkara ini,” tambahnya.

    Azam Baki

    Sementara itu dalam nada yang serius, Arutchelvan berkata, dia memang kecewa dengan kenyataan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki, yang menjelaskan bahawa video berkaitan skandal Sabah itu tidak boleh digunakan sebagai bukti kerana "diedit".

    Kata Arutchelvan , dengan kuasa besar yang ada pada Azam, dia boleh memanggil pembocor maklumat, memberikan jaminan dan mendapatkan video penuh yang belum diedit jika mahu.

    "Menjadi satu kesalahan bagi mana-mana orang untuk menyembunyikan bukti jenayah, melainkan rasuah bukan lagi satu kesalahan jenayah di negara ini.

    “Walaupun ia bukan mengejutkan, ia masih menyakitkan hati untuk mendengar alasan yang sama dijaja semula. Tapi mungkin ada sedikit lagi harapan pada kerajaan sekarang,” tambahnya.

    Anwar bersama Akmal Nasir (tiga dari kanan) yang ketika itu memimpin Pemuda PKR

    Pemimpin PSM itu juga mengingatkan gambar dari "masa lalu yang tidak terlalu lama" memaparkan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim, yang ketika itu menjadi ketua pembangkang serta mengetuai PH menuntut peletakan jawatan Azam.

    Arutchelvan merujuk kepada gambar bertarikh 20 Jan 2022 yang menunjukkan Pemuda PKR menyerahkan memorandum kepada Anwar bagi mendesak Azam meletak jawatan ekoran terpalit dengan dakwaan salah guna kuasa.

    "Seseorang berubah apabila memiliki kuasa," kata Arutchelvan.

    Pada 2022, Azam terlibat dalam kontroversi kerana memperoleh saham untuk ahli keluarga pada 2015 dan pendedahan itu mendorong pelbagai pihak termasuk PH menggesa dia berundur dari SPRM.

    Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (ACAB) bagaimanapun membersihkan Azam daripada sebarang perbuatan rasuah atau salah guna kuasa.

    Kontrak Azam sebagai ketua SPRM telah diperbaharui dua kali di bawah pentadbiran Anwar.

    [Baca berita asal]

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah