Pelakon Abby Abadi tampil berkongsi kata-kata semangat buat golongan ibu tunggal yang sedang berdepan fasa sukar dalam kehidupan.
Artikel Berkaitan: Abby Abadi Respon Isu Lelaki Culas Nafkah – ‘Anak-Anak Tetap Perlu Makan, Minum & Tempat Tinggal’
Artikel Berkaitan: ‘Saya Tak Pernah Minta Nafkah Waktu Anak-Anak Masih Kecil, Sebab Tahu Dia Tak Mampu’ – Abby Abadi
Nasihat Abby Abadi

Menerusi satu hantaran di Threads, seorang pengguna mengakui tidak kuat untuk meneruskan kehidupan sebagai ibu tunggal sambil menguruskan anak-anak.
Singlemom, macam mana korang bangkit ye? Macam mana korang kerja dan handle anak tu semua. Down lah, tak kuat rasa.
Menjawab luahan tersebut, Abby atau nama lengkapnya Arbaiyah Abdul Manan menasihatkan wanita itu supaya sentiasa bergantung kepada Allah serta tidak malu mendapatkan bantuan daripada ahli keluarga sekiranya diperlukan.
Bergantung sepenuhnya pada Allah. Yakin Allah sebaik-baik penolong. Minta bantuan keluarga untuk susun atur balik kehidupan.
Kalau tak ada yang boleh diharap, kena ada pembantu. Kena usahakan juga sebab kita kena bekerja.
Nasihatnya lagi, ibu tunggal perlu berusaha mencari sumber pendapatan sendiri, lebih-lebih lagi pada masa kini yang menawarkan pelbagai peluang pekerjaan termasuk bekerja dari rumah.
Sekarang pun banyak pilihan untuk bekerja dari rumah, jadi usahakan juga bekerja ikut kemampuan awak.
Tak pandai, belajar. Kena kuatkan semangat! Tiada siapa boleh ubah nasib kita melainkan diri kita sendiri!
Perkongsian Abby itu menerima perhatian ramai yang memuji kata-kata semangat diberikan. Mereka berharap ia dapat menjadi suntikan motivasi kepada ibu-ibu tunggal yang sedang berjuang membesarkan anak-anak dan meneruskan kehidupan.
Sumber: Threads Abby Abadi
The post Abby Abadi Titip Nasihat Buat Ibu Tunggal – ‘Tiada Siapa Boleh Ubah Nasib Kita Melainkan Diri Sendiri’ first appeared on OHBULAN!.





