27.9 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 21, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Anwar kutuk serangan Israel ke atas enam negara

    Shopee Sale

    Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengecam tindakan biadab rejim Zionis yang semakin bermaharajalela melakukan serangan ke atas enam negara.

    Perdana Menteri berkata tindakan itu menunjukkan betapa agresif dan tidak berperikemanusiaan rejim berkenaan yang disokong secara terbuka oleh kuasa besar dunia.

    “Satu negara boleh biadab dengan begitu rupa, dalam seminggu dua menyerang enam negara,” katanya ketika berucap pada majlis penutup Ijtimak Perdana Agensi Agama Seluruh Malaysia (IJPAM) 2025 di Iskandar Puteri, hari ini.

    Turut hadir Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar.

    Anwar berkata Malaysia akan menegaskan dukungan kepada perjuangan rakyat Palestin serta mengutuk keganasan dan kebiadaban Zionis yang tidak berperikemanusiaan pada Sidang Kemuncak Tergempar Arab-Islam yang akan diadakan di Doha, Qatar pada Isnin ini (15 Sept).

    MENARIK:  Mohon maaf pada Melayu jika Umno gagal selama 60 tahun ini - Johari

    Perdana Menteri berkata beliau tidak dapat menghadiri beberapa acara rasmi diatur di tanah air yang dijadualkan pada esok dan lusa memandangkan beliau perlu menghadiri sidang berkenaan yang disifatkannya sangat penting.

    Anwar menerima jemputan rasmi Emir Qatar Sheikh Tamim bin Hamad Al-Thani untuk menghadiri sidang kemuncak itu bagi membincangkan situasi kritikal di Palestin, khususnya di Gaza.

    Media antarabangsa melaporkan Israel melancarkan serangan ke atas enam negara dalam tempoh hanya tiga hari termasuk Qatar, Palestin, Lubnan, Syria, Tunisia dan Yaman.

    Ini termasuk serangan dron terhadap sebuah kapal utama Global Sumud Flotila (GSF) di Tunisia serta serangan udara ke atas Doha di Qatar, kononnya menyasarkan kepimpinan politik Hamas.

    -Bernama

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah