Pempengaruh media sosial dan pelakon, Wan Nasuha mengakui bahawa sejak awal penglibatannya dalam industri, dia telah menetapkan batasan lakonannya dengan memaklumkan kepada pengarah dan pihak produksi untuk mengelakkan babak bersentuhan yang berlebihan.
Artikel Berkaitan: ‘Saya Okay Dipanggil Adik Nasha Aziz, Kakak Bagi Green Light’ – Zairi Aziz
Artikel Berkaitan: Areef Amran Suka ‘Vibe’ Raya Di Kampung – ‘Boleh Naik Motor & Pergi Memikat Ayam Atau Burung’
Ada imej tersendiri

Ketika ditemui , pemilik nama Wan Nasuha Wan Sulaiman berkata terdapat situasi tertentu yang memerlukan sedikit toleransi demi menjayakan lakonan.
Namun begitu, dia tetap menekankan agar interaksi fizikal dikawal, seperti hanya memegang pakaian dan bukan melibatkan sentuhan secara langsung.
Saya bermula dengan content creating, dan saya dah ada satu imej yang saya create.
Imej itu juga memang diri saya yang sebenar, tak ada nak create untuk sebarang agenda.
Jadi bila orang tarik saya ke dalam industri saya memang directly beritahu pada pengarah dan partner saya yang saya nak scene paling minimum bersentuhan.
Yang kedua, secara profesional tak contact tu antara saya dengan dia.
Tapi memang director saya bagitahu yang saya tak nak berpegang sangat.
Ada tempat saya okay sikit-sikit sebab susah untuk kita berlakon.
Tapi yang lain contohnya, kita boleh pegang baju dan sebagainya.
Saya cakap dan beritahu di setiap set yang saya buat, termasuklah telemovie sebelum ini.
Tapi agak mengecewakan bila permintaan saya itu tak dipenuhi dan dihormati.
Kadang-kadang kita buat penggambaran malam, sehingga pukul 4 pagi dan saya pun tak boleh nak call manager pun.
Jadi, saya menerima sahaja kekurangan dan kecaman saya terpaksa terima.
Tapi, sejujurnya saya tak happy.
Nasuha berkata demikian ketika ditemui pada sesi fotografi drama ‘Anom Suraya’ di Balai Berita, Bangsar, baru-baru ini.
Tidak mahu dirangkul

Dalam pada itu, Nasuha turut menjelaskan bahawa babak yang menampakkan dirinya dirangkul oleh aktor, Nabil Aqil dalam drama vertikal ‘My Role Model’ telah diminta untuk dirakam semula.
Bagaimanapun permintaannya itu tidak dipenuhi seperti yang telah dimaklumkan dalam mesyuarat bersama produksi.
Sebenarnya memang saya minta untuk ambil shot lain.
Cuma apa yang saya boleh katakan adalah permintaan saya tidak dihormati.
Saya dah beritahu dalam mesyuarat bersama pihak produksi bahawa saya tak nak dirangkul untuk babak tersebut.
The post ‘Dah Beritahu Pengarah Yang Nak Scene Paling Minimum Bersentuhan, Tapi Kecewa Permintaan Itu Tidak Dipenuhi’ – Wan Nasuha first appeared on OHBULAN!.





