23.7 C
Kuala Lumpur
Tuesday, December 10, 2024
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Anggota pengaman PBB, askar Lubnan terkena serangan dron

    Shopee Sale

    Lima anggota pengaman dan tiga askar Lubnan cedera apabila konvoi pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang membawa anggota baharu terkena serangan dron ketika melalui Bandar Saida di selatan Lubnan pada Khamis.

    Dalam satu hantaran di X (dahulu dikenali sebagai Twitter), Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Lubnan (Unifil) mengesahkan lima anggota pengaman yang cedera, hanya mengalami kecederaan ringan dan telah menerima rawatan daripada Palang Merah Lubnan di lokasi kejadian.

    “Mereka akan meneruskan perjalanan ke pos masing-masing,” menurut kenyataan itu.

    Kenyataan yang sama menyebut bahawa Tentera Lubnan mengesahkan tiga askarnya yang ditempatkan di pos kawalan berdekatan turut cedera dalam insiden itu.

    MENARIK:  Penghasut kaum India itu sebenarnya ada kepentingan - Anwar

    “Kami mengingatkan semua pihak tentang kewajipan mereka untuk mengelakkan tindakan yang meletakkan pengaman atau orang awam dalam bahaya. Perbezaan harus diselesaikan di meja rundingan, bukan melalui keganasan,” kata UNIFIL.

    Sementara itu, Bernama melaporkan, Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin mengesahkan yang pasukan Batalion Malaysia 850-12 (Malbatt 850-12) di Lubnan terkena serpihan bahan letupan, dan beberapa anggota dipercayai cedera.

    Bernama

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah