31.5 C
Kuala Lumpur
Sunday, August 9, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Polis tahan suspek kejadian samun di Batu Gajah

    Shopee Sale

    Seorang lelaki ditahan kerana disyaki terlibat dalam kejadian samun mendatangkan kecederaan di sebuah rumah di Taman Batu Gajah Perdana, Batu Gajah.

    Ketua Polis Daerah Batu Gajah ACP Md Noor Aehawan Mohammad berkata suspek yang berusia lingkungan 30-an ditahan kira-kira 9.50 malam di tepi Jalan Kledang hasil risikan yang dijalankan selepas kejadian berkenaan.

    Katanya kejadian berlaku pada jam 11.47 pagi ketika mangsa yang berusia 30-an bersama keluarganya pulang ke rumah sebelum mendapati suspek berada di dalam kediaman mereka.

    “Pengadu cuba menahan suspek sehingga berlaku pergelutan sebelum lelaki terbabit mengambil sebatang playar dari dalam beg sandang dan menghayunkannya ke arah pengadu, namun terkena tangan kiri isteri pengadu sehingga menyebabkan kecederaan,” katanya dalam kenyataan.

    Md Noor berkata suspek kemudian cuba melarikan diri menggunakan motosikal miliknya yang diletakkan di kawasan rumah mangsa, namun terjatuh sebelum meninggalkan motosikal serta beg sandang yang mengandungi peralatan disyaki digunakan untuk kegiatan pecah rumah.

    MENARIK:  ‘Lenyap sekelip mata’: Orang Asli demo bantah rumah diranap syarikat sawit

    Semalam, satu video berdurasi 54 saat tular di media sosial memaparkan kejadian pergelutan serta situasi suspek dipercayai cuba melarikan diri dari kediaman berkenaan.

    Sementara itu, Md Noor berkata pemeriksaan di kediaman mangsa mendapati tiada barangan dilaporkan hilang, namun tombol pintu hadapan rumah rosak dipercayai akibat diumpil.

    Bilik tidur utama dan almari pula, katanya, didapati telah diselongkar dan berselerak.

    Dia berkata mangsa dan isterinya telah dirujuk ke hospital bagi mendapatkan rawatan dan pemeriksaan lanjut.

    Kes itu katanya disiasat di bawah Seksyen 394 Kanun Keseksaan.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah